Tuesday, December 4, 2012

Pulut Inti Versi Tanak

Assalamualaikum...
Tajuknya pun dah boleh membayangkan tuannya yg malas nk mengukus.Suka ati main tanak jer.Sebenarnya malas beralasan, beras pulut ada belen 2 cawan jer..tarak pasainya haku kukus bagai..buat kotor piyuk kukus ngan beras yg secoit tuh..Saje wat pandai tanak ala-ala pulut ikan kering guna api kecil.Alhamdulillah menjadi dan sedap kat tekak kami sekeluarga.Kalau korang nk buat dengan kuantiti byk better kukus.Kang tak masak..naya jerr.Versi kukus bleh tengok umah kekanda cheq Kak Rosaliza yg suka makan pulut
Blurr sket gambo..snap ngan enpon yea..
RESEPI PULUT INTI
By: lina pg

Bahan - Bahan:
  • 2 cawan beras pulut ( cuci bersih rendam 1/2 jam,toskan)
  • 2 cawan santan pekat 
  • Garam
  • Gula
  • Daun pandan simpul
Cara-Cara:
  1. Satukan santan, garam,gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.Sambil tu korang rasalah ok ke x?
  2. Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan.Masak kat atas dapur gn api kecik.Sy gn api paling bawah.(cam nak buat nasi lemak lak) wangi sket ada aroma daun pandan
  3. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak kat dasar
  4. Bila santan dan kering, kecilkan api (mcm masak nasi) tunggu hingga pulut betul2 masak.Dah siap
INTI KELAPA
Bahan-Bahan:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 ketul gula kabong (potong kecil2)
  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • Gula jika perlu
  • Secubit garam
Cara-Cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula kabong, daun pandan ke dalam kuali dan kacau rata.Gula kabong akan mula mencair.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus kacau.Kacau hingga gula kabong hancur dan inti sebati .Masukkan secubit garam.Sesuaikan rasa.

8 comments:

Nooriah Abdullah said... Balas

adusss pulutttt fav akak ni tapi kak noor suka yg pedas2 selalu buat pulut sambal je, yg inti manis ni jarang buat boleh try jugak ni LIna

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, hurmm kalo akk tak kira kukus ke tanak ke mesti semua suka juga janji pulut. Lama tak bnuat pulut ke sukaan anak2 ni. Sedap tu

lina_pg said... Balas

@Nooriah Abdullah

Penah jugak makan pulut ngan sambal ikan bilis..time tu ada mak mentua kakak ipar datang..dia org N9..memula rasa pelik sbb kami mkn yg manis tetiba pedas lak..tapi makan gak hehehe

lina_pg said... Balas

@EmbunRosaliza

Wslm..la ni depa 2 ore tu dah bleh makan, dulu xmo jugak.La ni dok kena sogok ngan makanan cam ni kena telan gak la..Asyik mama ngan abah ikut tekak depa..sekali sekala ikut tekak kite lak.Kijam tul muahaha

Norzie hany said... Balas

Sis panggil pulut inti....mmg suka,selalu beli aje 2 bungkus rm1.

hana said... Balas

salam rindu na.... arap lina dan anak2 sihat2 belaka... adoyaiiii akak mmg suker pulut.. dulu jakun gak bila makan ngan inti manis nih. la ni dah jd suka la juge... hihihi...

Acik Erna said... Balas

assalam lina..dirumah acik pun semua peminat pulut..buat la macam amna pun semua suka

Evelyn Gemina said... Balas

Wow pulut, sedap tu kak lina, like2x : )

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...