Thursday, October 24, 2013

Resepi Daging Bamia

Assalamualaikum...
Seisi mengorbankan daging yang masih berbaki dalam esbok tu...hurm kawan2 masih ada lagi ke belen daging korban?Kalau masih ada stok, boleh dicuba resepi pulak.Kalau asyik buat sup, goreng kunyit ajer boring jugak kan.Walaupu luaran macam kari daging tapi rasanya agak berbeza.Berbeza yg sedap mabeles gitew.Ekceli dah pernah buat dulu..dah lamaaaaa dulu.Cuma kali ni ada sket durhaka (sket jer) sebab kehabisan bahan...Tp kalau buat versi durhaka yg sedap takpa la kan?Jangan durhaka hancusss lak...sendiri mau ingat la...Okey cam biasa takmo bebel panjang, jom semak resepi
Enak dimakan bersama nasi putih, atau nasi berperisa..cicah roti pon sodap
RESEPI DAGING BAMIA
Sumber: LiNa Pg

Bahan-bahan :

  • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
  • 100 ml susu cair(LiNa Pg guna 1/4 cawan)
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging (LiNa Pg guna 2sudu makan jer)
  • 1 sudu makan rempah beriani (LiNa Pg tambah, rcp asal xde)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi secukupnya  (LiNa Pg gn terung bulat)
  • Cili merah 
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula

Bahan-bahan kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara-cara :

  1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. 
  2. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. 
  4. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan air secukupnya. Masukan kentang tunggu hingga daging  dan kentang empuk
  6. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

9 comments:

Cheq Sue said... Balas

tinggal daging tulang je seketul kak lina... entah nak dijadikan apa tu tak tahu... best jugak lauk camni kan, tak makan dengan nasi dengan roti pun ok jugak

Bbwana adienia said... Balas

memang sedap ni makan kak cicah dengan roti..

che mid said... Balas

Dulu pernah buat si bamia ni.. memang menyengat, sekarang Lina telah mengembalikan keinginanku he he..

LiNa_Pg said... Balas

@Cheq Sue
Buat singge tule la cheq sue..sedap tuh hehe

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
Betoi sedap gak ni cicah ngan roti benggali

LiNa_Pg said... Balas

@che mid
Tu la saya pun dah lama tak buat.Hampir terlupa ngan keenakannya hehe

farhana effa said... Balas

salam perkenalan..
jemput visit and follow me back
http://wwweffafarhana.blogspot.com/

fuzidss said... Balas

stok daging masih ada ni...

EmbunRosaliza said... Balas

Sedapnya nampak ala2 kari tapi namanya best, Rumah akk dah habis stok dgg korban, baru semlm je habisin huhu, kalo tak boleh buat daging bamia mcm ni, boleh menambahkan koleksi resipi

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...