Friday, November 8, 2013

Resepi Kek Span Cheese@Sponge Cheese Cake

Assalamualaikum...
Sponge Cheese Cake merupakan resepi eksperimen.Sangat sesuai untuk minum petang.Rasa cheese yg lite dan kek yang gebu umpama kapas membuatkan kita tidak berhenti untuk menyuap.Paling anak2 memang suka.Belum cukup tempoh masa 24jam kek sebesar 9in sudah tinggal lapik sahaja haha..Enak dimakan panas/suam2..jika disimpan dingin juga sedap.Pendek kata tak perlu nk perap dalam 3sbok 3-4jam baru boleh makan seperti tipikal cis kek yg biasa tu.Tektur yg dihasilkan juga sangat memuaskan hati saya, walaupun fizikal kek ni ada sedikit kecacatan kerana kegopohan semasa mengeluarkan kek dari loyang huhu...Saya menggunakan basic resepi kek span sahaja tambah diolah sedikit dengan penambahan cream cheese..maka terhasil la sponge cheese cake.Basic kek span menggunakan resepi sweet4ever.
 Macam gebu jer..macam nak ngap jer
 Adeh bahagian tepi tu tak bape cantik...sisip ngan pisau suka hati jer..nx time kena cermat sket

RESEPI SPONGE CHEESE CAKE
By : LiNa Pg
Bahan-bahan (Saiz 9inci )
  • 150g Tepung Super Fine
  • 1 st serbuk penaik
  • 150g gula kastor (LiNa Pg gn 120g)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovellete
  • 80ml air biasa
  • 80ml minyak/butter cair
  • 250g cream cheese
Cara-cara

  1. Cairkan cream cheese secara double boil.Sejukkan sebentar
  2. Tepung super fine dan serbuk penaik diayak terlebih dahulu.
  3. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.
  4. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)
  5. Perlahankan kelajuan dan masukkan air pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  6. Tuangkan minyak/ mentega cair dan juga cream cheese ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.
  7. Sediakan tin pembakar bulat 9inci atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius (LiNa Pg bakar suhu 165'C)
  8. Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kecut.
  9. Kemudian bolehlah diterbalikkan semula kek, biarkan sejuk sebentar.Keluarkan kek dari loyang.Sejukkan di atas redai.
  10. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

17 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, tersangatlah nampak kespanannya kek span keju ni, gebuss gebass sangat, mesti sedap sangat ni, kejap je licin tu

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
wslm...memang sangat lembut dan gebu kek ni..yg best langsung xmuak...suap2 abes sepotong yg besau tu hihiiii

adrianna syaz said... Balas

Nmpk sgt gebu..sya nk cba buat la :)

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

sedap ni makan kek spongecheese ni..kek pun gebu..

LiNa_Pg said... Balas

@adrianna syaz
Tektur memang gebu dan rasa cis yg lite..sedap n boleh makan banyak kikiiii

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
wslm...sedap wana..tengok2 pinggan dah kosong..aik abes dah tak perasan hihi

syapex said... Balas

teserlah kegebuan kek span keju ni...

Sarah Talib said... Balas

Amboi cantik kek ni...mesti sedap

Cheq Sue said... Balas

wajib dicuba ni kak lina..semua bahan ada...nampak menarik bagai memanggil2 je tu..

LiNa_Pg said... Balas

@syapex
Kek ni paling laju anak2 makan..seronok lak..maybe tektur ringan

LiNa_Pg said... Balas

@Sarah Talib
mekasih..sedap la kat tekak kami

LiNa_Pg said... Balas

@Cheq Sue
cuba jangan tak cuba..senang sangat ni cheq sue

Nana said... Balas

nak cuba jugak lah nnti...hehe..

Umie Jazz said... Balas

Assalamualaikum...lina wah ngancam btul nmpk keknya...teruja nak buat pulak tkasih diatas resepi...=)

Evelyn Gemina said... Balas

Itu dia resepinya..saya bookmark dulu ya kak lina, tqvm :)

Hakim Haizan said... Balas

Sedapnyer!!!

Rahsia----->

http://kekcoklatsedap.weebly.com/

sOliLo QuiZe said... Balas

klau x lapik ketas srap myk xpe x?
kut2 klau dia melekat ke?? ape?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...