Friday, May 23, 2014

Resepi Nasi Minyak Paling Senang Dan Sedap

Assalamualaikum...
Minggu ni agak bz sket sbb MIL n mak saudara ada datang bertandang sbb nk attand konvo SIL kat Sei Iskandar.So, masak spesel sket la untuk tetamu...nasi ni saya masak sekali ngan caramel cis kek tu tp versi lambat update hihiiii..
Saya gunakan resepi nasi Minyak Jus oren supaya iaya tak muak dan boleh makan banyak..Alhamdulillah licin semuanya...
Picas ni saya snap ngan enpon jer..tak sempat nk snap Nasi Minyak secara solo..ni pun curi2 snap hihiii..

RESEPI NASI MINYAK JUS OREN
by: linapg.blogspot.com

Bahan-Bahan

  • 1 kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • Air sama sukatan ngan beras (5 pot beras, air 5 pot juga)
  • 1/2 cawan mentega/majerin/myk sapi
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2 kiub pati ayam
  • 2-3 helai Daun pandan simpul
  • 1 cawan susu cair )
  • 2-3 sb jus oren sunquick
  • sedikit daun ketumbar/pudina, gajus dan kismis
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersama bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersama kiub ayam, air dan susu cair serta jus oren, sedkit gajus dan kismis. (Tinggal sedikit untuk hiasan)
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. Setelah nasi agak kering,kecilkan api buat lubang dgn belakang sudu,titiskan pewarna kuning
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak
  6. Setelah nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina.Tujuannya supaya dapat membangkitkan aroma.
  7. Bila menghidang taburkan gajus, kismis dan daun pudina sebagai hiasan.

13 comments:

ecah khalili said... Balas

woww..da macam nasi beriani.. =)

LiNa_Pg said... Balas

@ecah khalili
Hahaa..macam jer tp bukan..yg ni senang..tak berempah anak2 boleh makan banyak

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

senang sgt kan... dulu akak tak berani masak beras basmathi ni... skrg dah berani... hehee...

EmbunRosaliza said... Balas

Boleh buat utk pengantin ni, simple je tu. Daun pudina ada ke kat Tm

mama sara nur said... Balas

Assalam Lina
Nnpk sedappp
Special utk family ye

Bbwana adienia said... Balas

wah, bestnya kalau dapat makan nasi minyak buatan kak lina..pasti sedap ni..^_^

Nor Hanim Abu Hassan said... Balas

Salam kenal kak lina. Dok google resepi nasi minyak jumpa blog akak. Tq kak lina for resepi. Senang nak buat. Boring rasanya hari-hari masak nasi putih je. Hari ni nak cuba. Tq kak lina.

Fadlinah Saban said... Balas

Terima kasih kerana berkongsi resipi yang simple ni.. In sha allah akan mencubanya..

man arman said... Balas

Sedappp... Dh buat dh...mkn tgh hari tadi.. 1 kawah ...200 org mkn... Tq2... Licin hbs...

munira mohamed said... Balas

Slm,ada buh garam x?

aeinna Musa said... Balas

nk cuba mlm ni;)

sue said... Balas

SHARE RESEPI YE.TQ

Yeop Labon said... Balas

Saya share ya...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...