Thursday, September 25, 2014

Resepi Beriani Daging Kambing


Assalamualaikum....
N3 tertunggak sbb yg lain dah potong Q..bukan apa yg ni kena taip resepi malas benor nk mengarang...kalau resepi CnP tu senang..cepat jer buat hihii...Beriani kambing saya masak bersama dengan Nasi beriani..mmg gandingan yg sangat mantap....

RESEPI BERIANI KAMBING
By : LiNa Pg

Bahan

  • 1 kg kambing yg bertulang 
  • 2 paket rempah beriani maggi (jadikan pes)
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 batang karot (potong baji) 
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 2 biji kentang 
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • 2 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 cm halia (kisar)
  • Daun ketumbar (kisar) simpan sedikit untuk hiasan
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar gula merah
  • Rempah 4 beradik (b.lawang, b.cengkih,k.kayu mnis, pelaga
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • Minyak sapi/myk msak
  • Garam/gula (perasa)
  • Air

Cara

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik bersama bahan kisar, daun pandan dan cili giling.
  2. Tumis hingga wangi dan garing.Masukkan gula melaka, tumis sekejap lagi.
  3. Masukkan pes beriani, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kambing, dan kentang gaul sebati dengan bahan tumisan.Biarkan hingga kambing hampir empuk (kacau sekali sekala)
  5. Masukkan tomato puri, garam,gula/perasa, tomato, karot dan bawang besar.
  6. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.
  7. Sesuaikan rasa, masukkan cili hijau, cili merah dan hirisan ketumbar

5 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam, ohhh baru perasan kambing beriani ni tak guna santan juga, sedap pekat2 mkn pulak ngan nasi beriani. Kat umah jarang2 beli rempah beriani, kalo beli tak sempat jd stok, guna terus

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
wah memang favourite my father ni kalau beriani kambing kalau dia makan kat luar...tapi lepas tu..kaki dia bengkak..sebab ada ghout..hehehe..selalu kena beleter dari mak akak...yalah sebab akak jarang masak kambing kat rumah..hehehe..cantik warna beriani kambing lina ni...:)

Gee® said... Balas

Waaa...terbau beriani sampai ke sini... bak nak ckit!

Bbwana adienia said... Balas

nak sikit kak lina..huwaaaa..

Zarina Takaful said... Balas

Nampak menarik sgt... nk try ptg ni... tq

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...