Thursday, November 20, 2014

Resepi Ikan Bawal Emas Masam Manis

Assalamualaikum...
Ikan Bawal Emas Masam Manis ni saya buat bersama dengan Ikan Bilis tu, posting tggu giliran jer hihi..Macam biasa la resepi mudah2 ajer yg saya kongsikan.Walaupun mudah tp rasanya sedap licin ngan kuah2 tu (kuah byk sebenarnya tp tuang pas snap pic hihi).Okey jom kite semak resepi.Malas nak bebel.
Buat ikut stok yg ada kat umah jer..ikan pun post tergolek sekoq camtu jer..tadak daun salad bagai..esbok pun dah kosong dah

RESEPI IKAN BAWAL EMAS MASAM MANIS
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan bawal 
  • 1/2 labu bawang besar (blend)
  • 3 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 labu bawang besar (dadu)
  • 2 biji epal hijau granny smith (dadu)
  • Buah tomato (LiNa Pg gn tomato ceri)
  • Daun kucai (xletak pun xpe)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ikan dicuci bersih, perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) hingga sedikit layu.
  3. Masukkan bahan kisar dan cili giling.Tumis hingga garing dan pecah minyak.
  4. Satukan semua sos (sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sos ikan),masukkan sedikit air.Bancuh dulu.Kemudian tuangkan ke dalam tumisan
  5. Masukkan buah epal dan tomato.Kacau sebentar.Sesuaikan rasa.Tambah garam, gula/perasa jika perlu(LiNa Pg xmasukkan garam dalam sos sebab sos ikan dan sos tiram dah masin).
  6. Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun kucai

7 comments:

Bbwana adienia said... Balas

wah, awal pagi lagi dah tayang menu sweet n sour ya kak lina..hehe, memang sedap..wana suka makan masakan masam manis ni..

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
Masam manis stock clearance ni wana...hantam saja apa yg ada yg peti asi hihihi

Teacher Basariah said... Balas

resepi sempoi kak..saya pernah gak letak epal dalam lauk.sedap gak..(^_^)

LiNa_Pg said... Balas

@Teacher Basariah
Sedap pulak bila letak epal ni TB ada crunchy masam n manis sket...

Gee® said... Balas

Sedapnya ikanbawal emas.... i like!!

AMIIZAA said... Balas

sedapnyaaa:)

EmbunRosaliza said... Balas

Masak sambal2 ikan mcm ni baru anak2 layan kalo kat umah akk ni, sedap tu ikan bawal emas

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...