Monday, February 9, 2015

Resepi Puding Kastad Marble

Assalamualaikum...
Cuaca sekarang ni sangat panas...terasa nak makan sesuatu yg sejuk..apa lagi terus la memuding..Lama juga tidak memuding dan test skil puding yg gempak sket hehe..Okey untuk seisi memanaskan bdan ni kite buat yg simple2 dulu.Janji sedap kat anak tekak okey la tu...Okey untuk minum petang..Kami makan Puding Kastad Marble.Leih kurang macam roti jugak tp lebih simple.Jom semak resepi
Lemak2 manis yg sedang2 saja...nyum2..

PUDING KASTAD MARBLE
By: LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan

  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 2 biji telur A
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit coklat paste/choc emulco
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 3/4 cawan gula

Cara-Cara

  1. Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Biar hingga agar2 dan gula hancur
  2. Sementara tu, bancuhkan susu cair, telur,esen vanila dan tepung kastad.Kacau sebati.Kemudian tapiskan bancuhan ini ke dalam periuk berisi agar tadi.
  3. Kacau adunan menggunakan hand whisk hingga nampak pekat sedikit.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.1 bahagian dicampur dengan coklat paste/choc emulco.Dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Marble ikut kreativiti masing2.Setelah itu sejukkan dalam peti sejuk.Apabila puding mengeras dan sejuk.Sedia untuk dinikmati

 Enak..dan ringkas

7 comments:

Acik Erna said... Balas

cantiknya kih lina..betul kata lina..sedap sangat kalau dapat makan kuih sejuk2 ni

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
Betul tu acik, cuaca sekarang ni panas lit2..kena makan sesuatu yang sejuk..baru sedap..nyaman anak tekak haha

Nur Inani said... Balas

sedapnyaa. cantiknyaaa. hehe. suka tengok. ^^

LiNa_Pg said... Balas

@Nur Inani
Nice to see, fragile to hold...masuk mulut..sedap..nyaman kikiiii

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

akak pun lama tak buat puding... sedapnya nampak puding Lina buat tu...

Amiera Zainuar said... Balas

Kalau x letak telur boleh kee??

biby shazie said... Balas

akak , klu pakai agar2 tali bole ke ? cmn plk ?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...