Monday, March 2, 2015

Resepi Ikan Siakap Bakar Bersama Air Asam Budu

Assalamualaikum...
Dah lama ikan siakap ni bertapa dalam peti ais..Dok pikir2 nak masak apa la ngan ikan ni.Beberapa hari lepas ada terpandang resepi Air Asam Budu yg ct share kat fb.Terus berkira2 nk buat Ikan Bakar style kak amie..Dulu pernah buat mmg sedap.Okey kali ni buat n cicah ngan Ayaq Asam Budu mesti lagi memikat selera.Apa lagi terus ON la.Lagipun resepi kak amie sangat la senang..semudah ABC jer..Cepat dimasak, sedap dimakan haaaaa gitulah adanya kikiiii..Resepi Air Asam Budu pun semua aci hiris n gaul jer...Tadaaaaa..terhasil la Ikan Siakap Bakar Bersama Air Asam Budu.Percayalaaaa sangat sedap hasil perkahwinan 2 resepi ni hihi...Nak tau camana sedap?Kena la cuba sndri
Yummm...yum...memang sedap...Kali ni saya buat dengan betul..Kalau dulu tersilap lumur terus ngan bahan perencah dan bakar..jadi nampak kering..Kali ni lembab dan sangat sedap..

RESEPI IKAN BAKAR MUDAH DAN SEDAP
By:Malina LiNa Pg (TMK)
Sumber Cuci Mata: Kak Amie (Little Kitchen)
Tuan Tanah : Kak Azie (Azie Kitchen)

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
Bahan Perencah:
  • 1/2 cawan pati santan
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam / perasa pilihan (LiNa Pg gn 1/2 kiub ikan bilis)
  • 1 sudu besar sos ikan (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh susu pekat
Cara:
  1. Ikan dibersihkan.Perasakan garam kunyit.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan perencah.
  3. Panggang atau bakar ikan. Setelah ikan masak, lumurkan dengan bahan perencah.
  4. Balik-balikkan ikan
  5. Bila mata ikan menjadi putih atau tersembul ke atas, angkat.
  6. Hidangkan bersama sambal belacan, air asam atau ratah begitu saja.
Ikan Bakar ni basah2 sedikit..ratah begitu saja pun dah cukup sedap..apa lagi cicah ngan air asam
Pertama kali mencuba Air Asam Budu..Anak2 dan en lalink kata sedap....Bila tanya sama macam kedai Ikan Bakar x?Respon depa...mesti la mama buat lagi sedap hihihii...(membodek la tu)

RESEPI AIR ASAM BUDU (AYAQ ASAM BUDU)
By: LiNa Pg
Tuan Tanah: Zaliedana (blog ct xleh buka saya link ke fb beliau)

Bahan Kisar/Tumbuk
  • 3 biji cili padi (boleh tambah/kurang ikut selera)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit Belacan Bakar
Bahan-Bahan Lain
  • 1 labu Bawang Besar hiris nipis
  • 1 Biji Tomato Di dadu/Hiris nipis
  • 1 biji Cili Merah hiris nipis
  • 2 biji Cili Padi Hiris
  • Air Asam Jawa Secukupnya
  • 1 biji Air Perahan Limau Kasturi
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan
  • 1sudu Besar Budu
  • Garam dan Gula/perasa secukup rasa
Cara Penyediaan:
  1. Campurkan smua bhn yg dihiris dengan bahan kisar kasar,budu, air asam jawa dan sos ikan gaul sehingga sebati.
  2. Perahkan jus limau.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Simpan sekejap dalam peti ais supaya mesra semua bahan.Sedia untuk dihidang bersama ikan bakar, kerang rebus dan sebagainya


No comments:

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...