Resepi Kuih Seri Muka Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, March 25, 2015

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni rajin lak buat kuih pulut-pulut ni.Bukan apa sebelum beras pulut kena makan ngan 'bubuk'/kutu beras baik abeskan dulu.Tengok bahan2 semua cukup untuk buat kuih serimuka.Apa lagi terus On la..tak susah mana pun nk buat kuih ni.Tapi kat rumah ni kuih2 kurang siket dapat sambutan, maklumlah anak2 terbiasa dengan puding.So saya cuma buat menggunakan 1 cawan beras pulut sahaja.Sesuai la untuk keluarga kecil macam kami ni.Hajat di hati nak buat kuih serimuka comel menggunakan acuan lompang...Rupanya saya tiada ketekunan untuk memadatkan pulut ke dalam acuan lompang tu...ya ampun malas betul.Saya sempat buat 4 biji sahaja menggunakan acuan lompang selebihnya saya menggunakan acuan agar2 yg lebih besar dan cepat hahaaa...Jadilah hasilnya tetap comel jugak pada pandangan mataku.Okey jom semak resepi, saya cuci mata dari Yatiezaini myR tapi saya permudahkan sedikit resepi tu ikut cara sndri.

Menu minum petang LiNa Pg sekeluarga kemarin dan merangkap sarapan kami pg ni hehee...Senang kije.Harum semerbak aroma daun pandan time dok kukus tu..mmg buat tak sabar2 nak makan

BAHAN-BAHAN
  • Acuan lompang/bekas kecil (sapu sedikit minyak)
Lapisan Atas (hijau)
  • 5 sb tepung gandum (penuh )
  • 1 sb tepung jagung / tepung ubi (penuh ) 
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 1/2 cawan santan
  • 6 sb gula pasir
  • Sedikit pandan paste dan pewarna hijau
  • Secubit garam
Lapisan Bawah (Pulut)
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 cawan santan cair
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar gula (x suka xperlu letak)
Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut, rendam selama 3-4jam.Kemudian toskan.
  2. Panaskan kukusan kemudian sediakan bahagian bawah dulu,masukkan santan, garam,gula dan pulut ke dalam loyang/bekas yg sesuai.Kacau sebati.
  3. Kemudian kukus selama 25min (atau hingga masak)Pastikan air kukusan telah mendidih.
  4. Sementara pulut dikukus,sediakan bahagian atas.Satukan semua bahan lapisan atas.Kacau menggunakan hand whisk supaya tidak bergentel.Jika berketul, tapiskan
  5. Panaskan adunan hingga naik wap sahaja.Ketepikan
  6. Setelah pulut masak, masukkan ke dalam acuan lompang/bekas2 kecil.Tekan sedikit supaya padat/mampat.Masukkan 2/3 acuan sahaja.
  7. Tuangkan lapisan hijau ke atas pulut yg telah dimampatkan tadi.Buat hingga habis
  8. Kukus semula selama 20min (atau hingga masak) menggunakan api sederhana.
  9. Setelah masak, biarkan sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan.
Sedap lemak2 dan x berapa manis...sesedap rasa..Alhamdulillah

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. @CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
    Alhamdulillah..menepati citarasa..lemak2 x berapa manis

    ReplyDelete
  2. rajinnya kak lina buat kuih pulut..wana dah lama x buat kuih macam ni..dan lagi satu kalau makan, wana ambik bahagian hijau saja..pulut x makan..hehehe

    ReplyDelete
  3. Cumil-cumil je kan. Yang bestnya bila buat acuan macam ni tak payah guna pisau untuk memotong...tinggal suap je..

    ReplyDelete