Monday, April 6, 2015

Resepi Rasam Telur Mudah Dan Menyelerakan

Assalamualaikum...
Rassam atau Rasam tak tau la yang mana satu spelling yang betul..tapi yang penting ianya sangat ringkas,mudah dan cepat untuk disediakan....the best part is sedap dan membuka selera.Tambah2 untuk orang baru baik demam masih terasa2 pahit tekak camtu mesti akan berselera menjamah hidangan sedikit masam ni...Rassam Telur siaran ulangan kat blog ni dan dah banyak kali buat cuma x snap gambar jer.Kalau dulu anak2 dan abah semua pelik bila tengok hidangan ni..tapi sekarang semuanya dah tau dan pandai makan hehe..Okey la tu senang kije mama..Tapi si kecil masih belum terima menu ni..pelik siket selera budak sorang tu huhu...Kuah pun x layan hadoi...
 Rasam ni enak dimakan bersama ikan masin atau ikan pekasam..mmg layan abes..xyah dah lauk lain

RESEPI RASAM TELUR
Sumber : Zaliedana

Bahan-Bahan:

  • 3 Biji Telur (Boleh juga guna ikan talang masin)
  • 1 sudu teh jintan putih biji (Tumbuk)
  • 1/2 sdt lada hitam (Tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (Tumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (Tumbuk)
  • 2-3 tangkai cili kering (potong dlm 1 inci)
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 1/2 sudu besar pati asam jawa (atau secukup rasa)
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk bagi nampak yellowish sket)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak 

Cara-Cara

  1. Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering.Tumis sekejap hingga nak bau.
  2. Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau,
  3. Masukkan semua bahan kecuali telur.Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah.
  4. Biarkan sehingga telur masak dan kuning telur set (keras sedikit)
  5. Seimbangkan rasa.Tambah garam/gula/perasa (jika perlu).
  6. Dah siap.Tutup api.Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin dan papadom..

Yg sihat walafiat pun mmg berselera makan ni..Ada lebihan kuah,simpan jer dalam peti ais...esok lusa nak makan..cuma pecahkan telur..siap hihiiii...senang kan?

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

Salam Lina..curah kuah nya dlm nasi panas mmg bestkn.Walaupon cam simple..tp menyelerakn.

LiNa_Pg said... Balas

@♥♥azatiesayang ♥♥
wslm kak atie...betul tu..nak pulak lawan ngan ikan gelama masin...mmg sedap

EfanMohd said... Balas

Makan dgn papadom,ikan kering dan cili kering bakar atas kuali.....memng sedap

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...