Thursday, July 30, 2015

Resepi Ayam Masak Aladdin

Assalamualaikum...
Dah lama xmain snap pic masak2 pgg kumira pun dah rasa kekok..aduhai bateri pun tinggal 18% nampak sangatla tuan dia x ambil pot.Ok snap cepat2 sebelum bateri kong huhuhu...Seb baik cuaca ok...gambar pun nmpk clear jer..
Okey la resepi Ayam Masak Aladdin ni saya adaptasikan dari Rancangan Ketuk2 Ramadan (Sheryl Al Hadad) Kenapa adaptasi sebab saya x berapa sure dgn bahan2nya so main agak2 jer..Resepi agak mudah jer tapi sedap..mmg kenalan ngan saya..suka kan sesuatu yg ringkas..Jom kite semak resepi
Sekali tengok macam ayam masak merah..tp rasa lain siket...resepi pun mudah jer..yg penting sedap.

RESEPI AYAM MASAK ALADDIN

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 2 labu bawang besar (blend)
  • 3 ulas bawang putih (blend)
  • 3 biji cili merah (blend)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 1 sudu besar cili sos
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • 1/2 labu bawang besar (potong bulat)
  • 1 biji tomato (belah 4) LiNa Pg gn tomato ceri
  • Garam, gula/perasa dan kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-Cara:
  1. Ayam dicuci bersih.Perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak.Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis daun pandan bersama bahan kisar hingga terbit bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.Masukkan gula merah..kacau sebentar.
  4. Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, sedikit garam dan gula/perasa (tambah air jika suka)LiNa Pg letak anggaran 1/2 cawan air) Kacau sebentar.
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi, bawang merah dan tomato.
  6. Gaul sebati sesuaikan rasa.Dah siap

2 comments:

Bbwana adienia said... Balas

uniknya nama resepi kak lina ni..mesti sedap kan..nyum2.. :)

Scha Nazri said... Balas

perghh kecur air liurrrr

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...