Monday, August 17, 2015

Resepi Daging Masak Hitam

Assalamualaikum...
Daging Masak Hitam merupakan salah satu masakan kegemaran LiNa Pg sekeluarga.Sedara mara kat kampung pun sukakan Dgg itam ni..maybe sebab xmuak kot sbb xgunakan santan.Masa buat makan2 lepas Daging Masak Hitam jugak merupakan salah satu menu yg menjadi kegemaran tetamu selepas kambing tu.Kambing mmg licin sungguh la Daging Masak Hitam masih ada sedikit belen.Sempat jugak wat posing hahaaa...Maka inilah hasil Daging Masak Hitam yg aritu punya..esok tu saya panaskan untuk makan2 kami sekeluarga.Sempatlah pose cantik2 siket.Time wat makan2 sempat snap dalam periuk ajer..Walaupun dah banyak kali ulang siar..saya tepek jugak la resepi.Benda dah ada kopi pes jer..
Daging Masak Hitam Style LiNa Pg

RESEPI DAGING MASAK HITAM
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)

Bahan Perap : 
1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari )
1 labu bawang besar ( blend )
1 paket rempah kurma/perencah serbuk sup( LiNa Pg guna serbuk sup adabi )
1 paket kari daging
1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman.1/2 jam pun dah ok**

Bahan-bahan:
1 labu bawang besar ( blend )
Rempah 4 beradik
2-3 helai daun pandan ( simpul )
3-4 sudu makan cili giling ( boleh tambah/kurang )
2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
kicap pekat ( LiNa Pg guna mahsuri )
Kicap manis secukupnya
Sos tiram secukupnya
Minyak 
Air

Cara-Cara:
  1. Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
  2. Masukkan cili giling , tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
  3. Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
  4. Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
  5. Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.Dah siap


1 comment:

Sue Bee said... Balas

ishh ish..mu buat SB lapar lagi petang petang ni..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...