Saturday, November 21, 2015

Resepi Sambal Belacan Goreng

Assalamualaikum...
Malam2 ni buat n3 ringkas sudahlah....Resepi sambal belacan yg kami mkan bersama Nasi Kukus, Dalca Ayam dan Ayam Goreng Bawang Putih.Kalau ikutkan saya malas nk buat n3 ni tp sbb nk complete kan set nasi kukus tu saya buat jugak la serba ringkas..Senang korang nk cari

RESEPI SAMBAL BELACAN
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)

Bahan-bahan
  • 10 biji cili padi 
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 biji tomato masak ranum (dadukan)
  • 3 biji bwg merah 
  • 1 inci belacan
  • garam secubit
  • gula/perasa
  • sedikit minyak masak
  • Perahan jus limau kasturi/limau nipis
Cara-cara
  1. Bawang dikupas kulit kemudian potong 2 .
  2. Cili pad, cili merah dan cili hijau dipatah2kan 
  3. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi,dan belacan.Goreng hingga agak layu (Sekejap jer)
  4. Terakhir sekali baru masukkan tomato goreng dalam 1min jer
  5. Angkat dan masukkan dlm lesung/pengisar.Kemudian tumbuk lumat
  6. Tambah garam dan perasa/gula.Perahkan jus limau nipis/limau kasturi.Sesuaikan rasa.

1 comment:

tun_telani said... Balas

tun pon goreng dulu bahan2 sambal.. baru extra sedapp.. tp kdg2 bila malas blend je lada ngan belacan tu.. hehe

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...