Wednesday, November 30, 2016

Ujian, Dugaan, Kehilangan Dan Rezeki

Assalamualaikum
Lain macam tajuk n3 hari ni.Baru sempat nak mengarang.Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..pahit akan manis akhirnya..Allah datangkan ujian utk hambanya..jika kita redha dengan apa yg berlaku, Dia datangkan nikmat dan rezeki.Begitulah kasih sayang Allah pada hambanya.
Seperti yang semua tahu, saya telah kehilangan bonda tercinta pada 22hb Nov 2016 (tarikh yg x mungkin saya lupakan hingga akhir hayat saya) Sepatutnya pada tarikh yg sama 22-23hb Nov 2016 saya akan mengadakan jualan booth di USM.Segala persiapan telah dibuat, hanya tunggu masa sahaja utk mula berjualan.Beratus bekas jugak kek coklat lava yg saya siapkan.Puluhan kek coklat moist, puding laici dangdut dan juga kek karamel (slice)
Alhamdulillah kek coklat lava laku terlebih awal di booking oleh kawan lama saya sebanyak 41 bekas dan seorang lagi kenalan 20 bekas, seorang regular kastemer sebanyak 13 bekas.Dari ratusan bekas yg saya buat hampir separuh dah terjual hingga 8pm (21hb Nov)
Kek coklat lava yg dah siap ptg 21hb Nov
Puding Laici Dangdut Bekas Kecil, Puding Laici Cup
Puding Laici Dangdut.Sesaja buat nk bg nampak banyak pilihan.Rupanya sambutan luar biasa juga.Abes licin puding ni.
Sesuai utk doorgift jugak ni..Berminat boleh wasap..Boleh jugak req saiz bks dadih tu
20 bekas di ambil oleh zira kol 8pm (21hb)

Bila saya fikir separuh dari kek lava sudah terjual sebelum mula berjualan di booth..saya terus top up stok (sebab xtau macam mana sambutan kat USM..kalau laris mana pulak nk cari kek kan?Xpe la kita buat siap2..lagipun boleh jual kat kawan2 fb.Malam tu saya tambah stok sebanyak ~40 bekas lagi..Bersengkang mata hingga 2am utk buat kek.
Baru saja lelapkan mata, sayup2 bunyi phone ringing..sangkaku hari dah hampir siang..ingatkan alarm yg bunyi..Rupanya phone call.Tak sempat nak jawab dah terputus, miss call dari adik saya.Ingtkan dia tertekan phone or maybe terjaga sebab menyusu baby Ariq.Baru saja wasap dia tanya kenapa call?tiba2 phone rumah pulak berbunyi..Bila dgr phone rumah ati dah semacam..mesti ada sesuatu yg terjadi..Bila dgr suara kakak mengatakan bonda kami sudah tiada...dunia saya rasa gelap..terasa bagai nak pitam..Mimpi ke ni?Bonda saya tiada sebarang penyakit.Itu yg membuatkan saya sukar menerima hakikat arwah dah tiada...Perginya dengan tenang dalam tidur..Berehatlah bonda...damailah di sana...akan kukirimkan doa setiap masa untukmu di sana..
Terus kejut anak2 supaya berkemas dan bersiap utk balik kg.Sambil berkemas, fikiran buntu apa nak buat dengan kek dan puding yg berlambak dalam peti ais tu.Allah tunjuk jalan, saya wasap kawan saya suri (dia keje malam so, cepat la dapat respon) minta dia datang ambil kek2 awal pagi ni.Sepatutnya kek dia ambil ptg lps saya selesai berjualan di booth.Memandangkan dia bermasalah siket sebab rumahnya xde peti ais..saya masukkan semua kek tu ke dalam bekas polisterin dan letakkan ais kat bawahnya.Alhamdulillah..Allah permudahkan urusanku
sebahagian..sebab suri dah ambil 18 bekas terlebih dahulu.

Selesai bab kek ni, saya wasap pulak organiser yg arrange event kat USM tu..nk call pun masih pagi lagi takut menganggu..wasap minta maaf sebab tak dapat nak joint.Lepas kami bergegas nak balik kg.Baru nak keluar rumah, tiba2 penganjur reply wasap kata beliau/kawan2 boleh uruskan jualan dessert saya...cuma minta hantar ke USM jer.Hati berbelah bagi nak hantar atau nk simpan dalam peti ais jer.Kita xtau camana barangan kita bila diuruskan oleh org lain.Lepas tu fikir pulak kang booth kosong pulak akan mencacatkan event tu pulak (booth saya no.4 betul2 di tengah2 deretan booth) So,saya ambil keputusan utk hantar kek/puding tu ke USM lepas tu terus balik kg.Ingatkan selesai di situ.Rupanya tidak (ada sinambungannya)
Walaupun pelbagai aral, Alhamdulillah saya sempat sampai di kg sebelum jenazah disembahyangkan sempat menatap wajah suci arwah bonda buat terakhir kali.Sungguh putih bersih dan sangat harum bau jenazah bonda.Sempat mengiringi jenazah bonda ke tanah perkuburan dan juga meyaksikan jenazah bonda dikebumikan dan bersemadi dengan tenang.Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari tersebut (kebiasaannya hujan ala-ala banjir)Kelantan dah nk masuk musim tengkujuh.
Lebih kurang pukul 3pm selesai semuanya...org ramai kat tanah perkuburan dah beransur pulang ke rumah masing2.TIBA-TIBA..ada lagi bab suspen rupanya ingat dah selesai.Tiba2 organiser wasap minta saya datang ambil baki kek/puding...Ya Allah camana nak buat ni..ingat dekat ke Kelantan dgn Penang?Ya Allah camana nak buat ni?Dalam hati menyesal pulak pi hantar kek2 tu.Kita xmo mencacatkan majlis orang.Dah x kesah pasal sale dh pun.Tapi itulah dalam kekalutan tu Allah bg jalan penyelesaian, terfikir pulak nak call jiran saya (k.mai) minta dia ambilkan kek2/puding tu dari USM.Alhamdulillah sepantas kilat beliau bersiap dan ambil kek2 tu kat sana.Kesian pulak..ptg tu ujan turun dengan super lebat...tengahari panas bukan main lagi (Sampai ada kek yg rosak sebab terkena panas matahari secara direct)Sya cuma minta amik dan simpan jer hingga kami balik ke Penang.Kata kak mai..kalau dia jual ok ke?X cukup tapak tangan, nyiru saya tadahkan...kalau boleh jual lagilah saya hepi..xpayah fikir pasal kek dah.Lega hati saya bila kek saya jatuh ke tangan org yg bertanggungjawab.
Balik ke rumah bonda dah petang dah..berehat sekejap, keluar semula utk ambil makanan yg ditempah oleh DS Sue (makanan utk majlis tahlil di masjid)
Sekejap saja saya di kg sebab ada hal yg perlu diuruskan.24hb Nov saya dah balik ke Penang utk urusan pendaftaran pengajian anak sulung saya.Selesai urusan terus ke rumah kak mai (niat nak ambil baki kek/puding).Sekali dia tunjuk bekas kosong terkejut dan sangat bersyukur.Walaupun sales di USM tidak banyak, tapi jualan dari kak mai banyak membantu dan mengurangkan kerugian saya..Banyak yg saya laburkan utk event ni.Dalam gambar ni sahaja bekas kuning dan bks polisterin pun rm30, sewa tapak lagi utk 2 hari.Itu pun sudah cecah ratus ringgit.
Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya..
Alhamdulillah masih ada rezeki..terjual kesemuanya..
Kek karamel ni sepatutnya saya jual slice di booth..tp x sempat nk potong..dok dalam loyang diam2 dalam peti ais kat rumah.Alhamdulillah menjadi rezeki seorang kastemer yg lama tggu nk makan kek ni.Beliau req supaya potong 2, nk bagi pada babysitter.
Kek Buah tempahan dari osram..Mujurlah kek ni saya buat awal siket ari isnin dah siapkan sebab kek ni kena peram 2-3ari sebelum makan...Masih ada rezeki kastemer ni, sbb beliau nak hari khamis (24hb Nov) selesai urusan daftar sulung..terus hantar kek ni ke osram.Seronok dia sbb dapat kek ni, sangkanya saya x buat sebab beliau tahu bonda saya meninggal
Kek Coklat Moist with EI ultraman.Tempahan Jumaat lepas.Walaupun kepenatan saya tetap siapkan kek ni kerana beliau berharap sangat.Katanya kalau saya xlarat buat..x mengapa..dia boleh postpone majlis anaknya.Memandangkan aritu last day hari persekolahan..saya gagah jugak siapkan kek ni demi tidak menghampakan hati anak2nya..
25 pek kecil (tempahan dari USM) dan 1 pek besar.Walaupun saya tak dapat berjualan di USM, tp kek lava LiNa Pg sudah berjaya menambat hati warga USM.Alhamdulillah rezeki dan percaturan Allah tiada siapa yg tahu
wasap dari kawan yg jual booth sebelah saya..(dia yg tolong jual kek2 saya) Alhamdulillah...alhamdulillah syukur

Arwah bonda saya yg tersayang.Kalau dulu setiap kali balik kg, saya akan hulurkan duit (xbanyak mana pun sbb saya x bekerja) ambil berkat duit jualan kek berkongsi dgn bonda (bukan mahu bercerita pasal duit tu tapi keberkatan doa seorang ibu) Dan setiap kali saya hulurkan duit, bonda akan menerima dgn senyuman sambil mulutnya terkumat kamit berdoa.Antara butirannya agak jelas di pendengaran saya (ya Allah kau murahkanlah rezeki anak aku ni)
Sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab..saya mengakui w'pun tidak bekerja hanya menjual kek, tp rezeki saya Alhamdulillah tidak pernah putus.
Tapi sekarang ni tiada lagi doa seorang ibu..giliran saya pula memanjatkan doa utk ibu tersayang di sana

4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

Salam takziah buat Lina di atas kehilangan ibu tersayang..
Setiap yg Allah aturkan itu ada hikmahnya.. moga Lina redho dengan pemergian bonda.. kita doakan bonda tenang di sana & ditempatkan bersama2 insan beriman...

Phong Hong said... Balas

Lina, saspens jugak PH baca cerita Lina. Tak dapat imagine macam mana persaaan Lina masa tu. Syukurlah semua berjalan lancar dan dipermudahkan.

Bbwana adienia said... Balas

Takziah atas pemergian arwah ibu kak lina.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin.akak terus tabah dan sabar ya..rezeki akak terus masuk walau pelbagai dugaan yang datang..

Ayu said... Balas

Asalam Lina,
Salam takziah buat lina sekeluarga..
Sungguh sayu ayat2 yang terakhir tu.. Semuga bonda lina ditempatkan
Dikalangan orang2 yg beriman..insyaallah...
Baru akak tahu lina & syaza liza (embunrozaliza) Ada kena mengena rupanya...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...