Wednesday, October 25, 2017

Ikan Senangin Masak Lengkuas

Assalamualaikum...
Rajin pulak update blog hihi...Kali ni nak kongsikan resepi yang sangat2 mudah dan bahan pun siket sahaja digunakan.Bahan basic pulak tu.Ikan Senangin Masak Lengkuas.Klasik betul nama resepi kali ni.Masak lemak version ni kuahnya tidak terlalu pekat...ceroi2 gitew.Tahu tak ceroi tu apa?Cair heheee.Nanti saya update kat youtube.Jangan lupa subscribe okey (nuuuu ada kat atas tepi header right top corner blog) Asal buat n3 jer mesti bagi pesanan penaja ni kan kikiiiii....Jangan marah nanti kena juai
Sebab nama dia klasik, kita pose dalam 'mangkuk klasik' jugak la hahaha

IKAN SENANGIN MASAK LENGKUAS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
2 ekor ikan senangin (potong 3-4 bahagian)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 inci lengkuas (tumbuk)
1 biji cili merah (tumbuk)
1 batang serai (ketuk) LiNa Pg xde stok
1 asam keping
200ml santan
Air secukupnya
Garam dan perasa/gula
Sedikit minyak untk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.Masukkan santan dan air secukupnya.Masukkan serai (jika ada)
  2. Bila hampir mendidih, masukkan asam keping, garam dan perasa/gula.Masukkan juga ikan.
  3. Kacau kacau selalu supaya kuah tidak bergentel sambil simbah kuah ke atas ikan.
  4. Bila mendidih, dan ikan masak sesuaikan rasa.Sedikit Tips dari LiNa Pg nak tahu ikan dah masak sempurna ialah mata ikan kelihatan tersembur/terjojol keluar dan keputihan (Refer video/youtube part akhir)

8 comments:

adda syuhada said... Balas

sedapnyer...

ora adzlin said... Balas

terus lapar tengok resepi ni....

LiNa_Pg said... Balas

Sempoi jer syu..alhamdulillah sedappp

LiNa_Pg said... Balas

Boleh tiru heheee..senang dan bahan pun siket jer

Acik Erna said... Balas

Lama dah acik tak beli ikan senangin lina..ikan senangin ni manis kemak isi dia..kalau beli acik kena masak pedas2..sekarang ni perut tak tahan pedas

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
Ikan Senangin masak singgang/pindang pun sedappp..
tapi sebab tiap mggu beli ikan ni..kena buat pelbagai la..

Sian acik..semoga cepat sihat ok

Phong Hong said... Balas

Lina, masak lemak macam ni memang sedap. Ya, PH tahu makna ceroi. My grandma and mother memang pakai "ceroi" walaupun cakap Cina kat rumah hee..hee...

LiNa_Pg said... Balas

I see heheee..
Biasanya ceroi tu digunakan kat Penang/utara ni
Tak sangka lak family PH guna istilah tu jugak hihii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...