Monday, October 23, 2017

Kerepek Popia Cheese Resepi Sungguh Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah seminggu bercuti panjang.Sebelum bercuti tu sempat jugaklah saya siapkan jajan untuk kudapan anak2 iaitu Kerepek Popia Cheese ada jugak yang panggil keropok popia cheese.Ekceli saya gunakan kulit popia lebihan Murtabak Kulit Popia dah lamaaaa ni...sampai kulitnya dah kering huhu...Sayang pulak dari terbuang begitu saja.Kita buatlah resepi kerepek popia yang cukup mudah ni.Hanya guna kulit popia, cheese powder (yang digunakan untuk membuat kentang wedges KFC tu, sedikit gula dan chilli powder.Ekceli kalau nak guna cheese powder semata pun ok jugak.Terpulang selera.
Bila dah makan ni mmg tak boleh berenti...Sedar2 balang pun kosong hehee

Jangan lupa
 SUBSCRIBE CHANNEL LiNa Pg
klik tulisan merah 


KEREPEK POPIA CHEESE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 1 paket kulit popia
  • Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana)
  • Sedikit gula kastor
  • Sedikit serbuk cili
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Kulit popia dipotong ikut suka potong ~nachos tu la(LiNa Pg potong ~2x2in)
  2. Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan.
  3. Angkat dan toskan.Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit hingga habis) Sejukkan sebentar
  4. Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas).Goncangkan/gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.Terpulang nak letak banyak mana.
  5. Simpan kerepek popia cheese dalam balang
Note:
Kalau ada yang berminat untuk menempah jajan/kerepek popia ni boleh bagitau saya.Kalau nak beli cheese powder pun boleh kontek saya gak
No hp hampa teropong la kat situ hahaa...kejam tak kikiiii

2 comments:

Phong Hong said... Balas

Hi Lina! Tengok kat Youtube macam senang jer nak buat. PH suka makan benda2 macam ni especially time tengok TV :)

LiNa_Pg said... Balas

Senang sangat PH..goreng n tabur cheese tu pun dah ok.
Tp sy nak bg balance siket kemasinan cheese tu sbb tu tambah gula dan kasi pedas² manja tambah chilli powder..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...