Wednesday, November 22, 2017

Roti Puri Resepi Sukatan Cawan Tak Perlu Mixer

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua....tak lama lagi sekolah akan mula bercuti..pasti mak2 akan pening memikirkan menu sarapan pagi,lunch dan dinner utk anak2 kan?Salah satu idea masakan yang disukai oleh anak2 saya ialah Roti Puri.Selalunya saya buat sarapan..kalau bulan puasa, menu ni mesti jadi kewajipan utk salah satu hidangan sahur..tambah2 bila hujung puasa bila mana semua dah tak berselera menjamah nasi.Roti Puri sungguh mudah dan sangat sedap.Jangan risau kalau tak ada peralatan canggih sekali pun still boleh buat Roti ni..kita uli guna tangan jer..Tu pun tak perlu beriya..buat santai2 pun insyaaAllah menjadi dan sedap.Nanti saya kongsikan tips supaya roti puri kembong dan canti.Psstt kalau tak kembong pun no worries rasanya menten sedap.Okey jom ita semak resepi (padahal dah banyak kalu ulang siar ni hahaa)
Roti Puri ni kami makan bersama left over Kari Gaya Goa (Ikan Nyok2) (n3 kelmarin )mmg sedap terangkat..Tambah plak kari tu mmg pekat siket.
RESEPI ROTI PURI 
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-bahan ( 12 biji ) 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil yis mauripan (LiNa Pg guna saf instant)
1/2 sudu kecil garam * 
3 sudu makan minyak masak * 
2 sudu makan gula * (boleh tambah/kurang)
175ml air panas * 
40-50ml air (jika perlu) 
Minyak utk mengoreng 

Cara-cara 

  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar.Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil.Panaskan atas api hingga gula hancur. 
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja 
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti /breadcrumb.Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn dan mjadi doh 
  5. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal. 
  6. Kemudian bahagikan doh kepada 12 bhgian bulat yg kecil (LiNa Pg buat anggaran saiz bola golf) 
  7. Canai doh seperti canai doh kuih karipap siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok
  8. Tips utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA 
Note: Lina pg canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai.Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

1 comment:

Phong Hong said... Balas

Sedap ni, Lina. Tapi bab uli menguli ni, PH malas sket heh..heh... tapi kalau ada mood, boleh cuba but must make sure ada kari dulu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...