Ayam Pandan Thai Resepi Mudah dan Sedap (Video Masakan Disertakan)
Assalamualaikum...
Hai apa khabar semua?Kadang2 buntu tak tahu nak masak apa?Buka peti ais termenung sekejap fikirkan menu yang mendapat sambutan anak2.Ada dada ayam agak banyak jugak,selalunya saya asingkan bahagian dada ni untuk buat bihun goreng sebab anak2 tak berapa suka makan bahagian dada seketul camtu.Agaknya sebab terlalu banyak isi..Tu la anak2 jaman sekarang ni kan?So, saya decide nak buat Ayam Pandan Ala Thai..versi LiNa Pg of coz la taram saja ikut kepala sendiri hahaaa...Pokok pandan ada 3 pasu tapi daunnya kecil2 sahaja..So,ayam tu kita potong agak2 muat untuk balut dengan daun pandan.Resepi Ayam Pandan ni saya sertakan video/youtube cara nak balut supaya isinya tak terkeluar semama menggoreng.Jangan lupa subscribe tau...supaya korang tak terlepas video2 masakan LiNa Pg.Terima kasih atas sokongan semua
- Perasa ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
- Masukkan serbuk cili dan gula perang.Gaul rata terlebih dahulu.
- Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.Gaul sebati.Perap selama 1/2jam supaya lebih mesra dengan bahan perapan (LiNa Pg tak perap pun sebab nak cepat)
- Ambil daun pandan dan lipat bahagian hujung (membentuk kelonsong (refer video)masukkan isi ayam dan balut.
- Cucuk dengan pencungkil gigi supaya daun pandan tidak terbuka semasa digoreng.
- Panaskan minyak goreng ayam pandan secara deep fry menggunakan api sederhana hingga masak.Angkat dan toskan
6 comments
sedapnyer...
ReplyDelete@adda syuhada
ReplyDeleteSimple saja tp sedaplah kat tekak kami sekeluarga ni..anak2 suka la kalau ayam camni hehe
Lina, sedap ni! PH suka sangat ayam pandan Thai tapi malas pulak nak lipat2 daun pandan hee..hee..
ReplyDeletePsttt..PH saya lipat² ½ dr ayam tu jer...sbb x cukup daun pandan..yg belen tu terjun terus masuk kuali hahaaa...
DeleteSuka sangat ayam daun pandan ni, pernah buat, berebut makan anak beranak ha ha haaaa...!
ReplyDeletethanks for sharing. macam boleh try sebab steps dia simple. lagi pun ada pokok pandan yang subur kat halaman rumah.
ReplyDelete