Ikan Masak Cuka Resepi Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, November 14, 2017

Assalamualaikum...
Sedikit kerajinan untuk update blog.Ikan Masak Cuka ni saya buat beberapa hari lepas (nampak tak betapa malas nak update blog tuh hahaa)Bila dah banyak hari mulalah ingat2 lupa apa bahan yang digunakan untuk membuat Ikan Bawal Masak Cuka ni.Ikan Masak Cuka ni ada juga yang panggil dengan nama Acar Ikan sebab bahan2 yang digunakan seakan sama dengan bahan untuk acar mentah.Okey lah dah tengahari ni saya xmo bebel panjang terus tepek resepi jer..Sat g nak lunch pulak

Resepi cukup mudah dan tak guna banyak bahan..tapi rasanya memamg padu beb...must try.
IKAN BAWAL MASAK CUKA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan bawal (potong kepada beberapa bahagian)
  • 7 ulas bawang merah (3 ulas mayang halus)
  • 7 ulas bawang merah (3 mayang halus)
  • 1 biji cili merah (LiNa Pg potong ~2inci)
  • 1 biji cili hijau (LiNa Pg potong ~2inci)
  • 1 biji timun (buang empulur-potong  ~2inci)
  • Cili padi hijau dan merah (hiasan)
  • 1 sudu besar cuka (+1 cawan air)
  • Garam,kunyit dan gula/perasa
  • Sedikit biji sawi
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Perasakan ikan dengan garam kunyit,goreng hingga masak (jangan terlalu garing) ketepikan
  2. Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi, tinggal sekadar untuk menumis sahaja.Tumis bawang merah, bawang putih hingga sedikit layu.
  3. Masukkan biji sawi, tumis sebentar.Masukkan cili hijau dan merah.Kacau sebentar
  4. Masukkan cuka+1 cawan air,garam dan gula/perasa biarkan mendidih terlebih dahulu.
  5. Masukkan timun, bawang merah dan bawang putih (yang sebiji-sebiji)
  6. Masukkan ikan, biarkan sebentar supaya timun dan bawang lembut sedikit.Masukkan cili padi merah dan hijau.Sesuaikan rasa.Tutup api.Sedia dihidang.
Nota kecil LiNa Pg
Walaupun timun dimasak hingga lembut, tapi tekturnya adalah rangup..bila macam krup krap gitew.Sedappp

  • Share:

You Might Also Like

4 comments