Tuesday, January 16, 2018

Terung Berlado/Terung Goreng Balado

Assalamualaikum...
Beberapa hari blog terbiar tanpa n3, so hari ni kita taip cepat2 buat n3 serba ringkas.Suka makan terung tak?Selain dibuat masak lemak putih boleh jugak buat Terung Berlado, ada yang panggil terung balado, sambal terung balado pun boleh lah..Jom kita semak resepi..kot ada yang nak masak sat lagi
Resepi Terung Berlada ni sangat ringkas tapi cukup menyelerakan
RESEPI TERUNG BERLADO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 2 biji terung panjang (potong seperti dalam gambar)
  • 2 biji cili merah (tumbuk)
  • Sedikit ikan bilis (tumbuk)
  • ~1/2in belacan (tumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Cili padi (tumbuk)jika suka pedas (LiNa Pg xletak)
  • Garam dan perasa (LiNa Pg guna 1/2 kiub ikan bilis)
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, goreng terung hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak (tinggal anggaran utk menumis)tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.
  3. Masukkan garam dan perasa (jangan banyak sangat sebab ikan bilis dan belacan dah masin)Kemudian masukkan terung yang telah digoreng tadi.
  4. Gaul rata,sesuaikan rasa.Tutup api.Sedia dihidang.

3 comments:

Gee® said... Balas

Lauk peberet k.gee juga ni...

Phong Hong said... Balas

Fevret ni, Lina. Tapi kan, terung ni kuat serap minyak. Tu lah tak berapa suka masak terung gini. Tapi kalau orang lain yang tukang masak, PH makan jer (sebab tak nampak minyak hee..hee..).

LiNa_Pg said... Balas

PH,minyak kena betul² panas dan ms nk menggoreng tu api besar dulu..dah few second nampak brown siket br kecilkan api..so luar dah garing,terung tak kan serap minyak dah..
Kalau api kecik..nanti gorengan akan 'soggy'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...