Assalamualaikum...
Saya buat n3 ringkas jer..tp dah rajin la jugak sebab buat video masakan walaupun resepi sempoi jer.Resepi Masak Lemak Pucuk Paku ni adalah resepi basic yang jugak boleh digunapakai untuk buat masak lemak cili padi telur itik atau sebagainya.Cuma perlu tambah serai (ketuk) dan asam keping sahaja.Disebabkan sayur ni utk hidangan tengahari (kemarin)Dah siap masak,terus masuk dalam pinggan dan makan...Maaf la terlupa nak snap gambar yang dah siap masak serve dalam pinggan tu...Video ni saya buat khas utk adik2 yang baru berjinak2 dengan dapur tambah yang baru kawen atau yang tak tahu nak buat sementara menunggu keputusan SPM.Kalau yang mak2 tu mesti dah terover pandai.So,jangan kecam okey
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
https://www.youtube.com/watch?v=j9dokUCHeZA
Bahan-Bahan
1 ikat pucuk paku
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm kunyit hidup/1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit ikan bilis
3 biji cili padi
200ml santan
Air secukupnya
Kiub ikan bilis
Garam dan gula/perasa
Cili merah (patah2kan)
Cara-Cara
- Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit dan ikan bilis
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali/periuk masukkan sedikit air (~1/2 cawan)Reneh sekejap.
- Kemudian masukkan santan dan tambah air secukupnya (utk kuah)
- Masukkan kiub ikan bilis.Bila nampak naik wap.Masukkan pucuk paku.Kacau selalu supaya kuah tidak berketul.
- Bila mendidih patah2kan cili merah dan masukkan ke dalam kuah.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
- Dah siap.
- Jangan lupa SUBSCRIBE YUTUBE LINA PG
0 comments