Cara Buat Kuih Getas Mudah dan Sedap Tips Kuih Tidak Meletup Semasa Goreng Dan Tips Menyira Yang Betul

By LiNa_Pg - Tuesday, July 21, 2020

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di dapur TMK.Asyik tenggelam timbul jer kan?Kali ini n3 basi jugak.Kuih getas ni saya sebelum ramadan lagi tapi tak sempat nak update dalam blog sebab bagi laluan kepada resepi buka puasa.
Kuih getas ni kalau di negeri Kelantan dikenali sebagai kuih badak.Cuma bentuknya seperti donut/keria iaitu bulat dan berlubang di bahagian tengah.
Ramai yang suka makan kuih getas ni tapi ramai yang cakap selalunya mereka 'fail' bahagian menyira.Kuih dah siap goreng dengan cantik tapi bila menyira hasilnya ke laut dalam.Jangan risau dalam n3 kali ini saya akan kongsikan tips dan cara menyira yang betul supaya kuih dapat bersalut dengan cantik.Lagi satu tips tambahan ialah kuih tidak meletup semasa digoreng.Ramai juga yang seram kalau buat kuih menggunakan tepung pulut, mesti meletup masa goreng.Ada tricknya supaya tidak meletup.Semua ni saya dah kongsikan dalam video di youtube.Ada penerangan dengan voice over.Rugilah bagi sesiapa yang tak follow atau tak SUBSCRIBE.Banyak tips menarik kat sana.Subscribe tau sebab ianya percuma sahaja.Klik link ni tau


Kuih Getas Mudah dan Sedap
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan (Doh)
2 cawan tepung pulut 
1 cawan tepung gandum 
1 cawan kelapa parut 
1 cawan air (secukupnya) 
Minyak
Garam

Bahan Sira 
1/2 cawan air 
1/2 cawan gula 
2 helai daun pandan

Cara Cara
  1. Satukan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut dan garam.Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
  2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat/lonjong dan leperkan sedikit.
  3. Cucuk doh yang telah dibentuk tadi dengan garfu supaya kuih tidak meletup semasa digoreng.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan/garing.
  5. Angkat dan ketepikan.
Cara Menyira Yang Betul
  1. Satukan air,gula dan daun pandan ke dalam kuali.Masak hingga gula hancur dan kelihatan pekat sedikit. (boleh refer ke video youtube lina pg)
  2. Kemudian masukkan kuih getas yang telah digoreng tadi.
  3. Kacau rata dan pastikan kuih tidak melekat antara satu sama lain.
  4. Setelah kuih bersalut, tutup api.Teruskan mengacau kuih getas hingga gula nampak 'bersalji' putih di bahagian bawah kuali.
  5. Okey kuih getas dan siap.Selamat Mencuba.Untuk video tutorial boleh klik paparan berikut
https://youtu.be/XThcNOrAtUk

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Cantik kuih getas tu. Lembut jew warnanya.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    lama teringin nak buat sendiri he hhee
    entah bila dpt buatnya
    suka mkn sb rasanya kenyal2 kan

    ReplyDelete