Assalamualaikum...
Lama betul tak jengok dapur yang satu ni.Hari ni cuba luangkan masa kejap untuk update blog memandangkan terlalu banyak bahan yang nak di update kat sini.Nugget nasi ni saya buat masa awal cuti sekolah (bulan Mac) belum sempat update dah masuk bulan puasa, terpaksalah menu2 berkaitan puasa dan raya potong Q resepi nugget ni.
Okey mak2,mama, mummy dan ummi sekalian kalau ada lebihan nasi dalam 1 cawan atau lebih siket,kira tak cukup la untuk buat nasi goreng.Nak buat apam nasi rasa malas pulak.Apa kata buat nugget nasi bagi anak2 makan confirm licin.Cicah pula dengan sos cili+mayonis memang sedap.
Okeylah tak nak bebel panjang sebab kejap lagi saya nak edit video.Sebelum tu bagi yang belum subscribe youtube channel lina pg, silalah subcribe free jer tau.InsyaaAllah setiap minggu ada video terbaru.
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
2 cawan nasi
- Satukan telur,isi ayam,nasi dan kiub ayam ke dalam pengisar.Kemudian kisar hingga halus. (Jika pengisar sukar berfungsi letak sedikit air - lina pg letak anggaran 1/2 cawan sahaja)
- Sediakan loyang 7x7in dan sapukan sedikit minyak.Tuang bahan kisar tadi ke dalam loyang.
- Kukus selama 15-20min (hingga masak)
- Biarkan sejuk/suam sedikit,barulah potong mengikut saiz yang sesuai.
- Celup potongan nugget tadi ke dalam telur (yang dipukul/dikocok sedikit)
- Kemudian golek/salut dengan serbuk roti.
- Goreng secara deep fry hingga kuning keemasan.Selamat Mencuba.Untuk video tutorial.Sila tonton di youtube lina pg
4 comments
Salam kenal Lina... nampak macam mudah je nak buat. Boleh dicuba ni... kegemaran anak-anak.
ReplyDeletesalam perkenalan dari saya juga.. Cubalah nugget nasi ni mudah dan tak membazir lebihan nasi
Deletesalam kenal kak lina :) waaahhhhh nanti boleh cuba buat untuk anak buah hehe
ReplyDeleteSesungguhnya Lina ni keratif sangat!
ReplyDeleteMacam2 dia masak!