Light Cheese Cake@Kek Keju

By LiNa_Pg - Saturday, August 06, 2011

Assalamualaikum sume
Selamat menjalani ibadah puasa.Sekejap jer masa berlalu.Dah masuk hari ke-6 umat Islam berpuasa.Hmm..sepanjang seminggu berpuasa ni dapur TMK tiada juadah spesel utk tamu.Masak tu masak juga,cuma tak sempat nak tunggang tonggek amek gambo.Maklumlah sapa umah pun dh kol 6pm lebih.Masak lebih kurang.Itu pun kalau sempat, kalau tak sempat roger jer kat my laling soh belikan menu buka pose.
Light Chese Cake ni pun saya wat ari sabtu lepas, menu basi la ni.Yang ni pun tak sempat nak di 'n3'kan.Meh la layan cis kek yang sedap ni.Tapi agak kejadiannya tidak begitu sempurna.Nanti tggu komen cikgu sue kite tu hehehe.Tapi kami suma suka texture kek yang cenggini.Ekceli dah lama sangat nak wat ciskek ni, memula tengok umah kak rosa tu, terus beli cream cis.Tapi tak terbuat pun.Seb baik tak expired cream cis tu.Sue minta izin CnP rcp kat sini ya.Untuk tutorial sila terjah umah sue ya

RESEPI LIGHT CHEESE CAKE@KEK KEJU
Sumber: hasue
CnP : kak rosa
Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Assalam sedapnya cis kek ttu, nmpk elok je kejadiannya. Paka2 je yg buat barui jadi, kita2 buat rasa sedap tapi kurang kegebuannya. Tapi bg akk mmg sedap rasa cis kek ni, cuma kurang kelightannya heheh

    ReplyDelete
  2. kak rosa> mmg betul tu..rasa sedap tp kejadiannya tu tak sempurna..pepon mmg licin sekali hadap jer

    ReplyDelete
  3. Salam kak lina! sedapnyerr! kita kan kak lama sgt tak buat ciskek gini takut mendap :D jadinyer adalah dlm 2 kali gitu selebihnyer tu sume jatuh mendap hihihi...serik betul nak buat belum ada keyakinan lagi nak buat ciskek mcm ni :D Selamat berbuka ya kak!

    ReplyDelete
  4. ika> wslm ika..hahaha samalah ngan akak punya tuh..tp ciskek ni mmg sedap.

    Selamat berbuka utk ika jugak

    ReplyDelete
  5. akk,.saya tak reti mcm mana nak carik cream cheese tuh,.=(
    tak pernah beli b4 nih,.

    ReplyDelete
  6. Nurul> cream cis tu akak beli brand Philadelphia.Selalu cream cis ada kat bahagian butter mana2 supermarket

    ReplyDelete
  7. Kek ni org hidang masa hariraya br betoi.. Bln2 posa ni x leh tunjuk kat org sbb buat org terliur....

    ReplyDelete
  8. wahh..kak lina dah buat yer.
    Alhamdulillah famili akak suke.
    Biasa kalo padat mcm bingka ni kak dier terlebih pukul atau meringue tak berapa jadi kot...?tp bila tgk gamba akak ni cam ok jer rupanya..sy agak jer yg kejadiannya padat..hihi..
    tp kan kak...kalo hb sy,dia x suka yg gebu naik tu..yg gini lg dier suke.haha..

    ReplyDelete
  9. sedapnye ciskek kak.... kalu dpt makan ngan coco ganache ni lagi power :)

    ReplyDelete
  10. adry> testing2 dulu..kalau jadi br bleh wat menu raya

    hasue> rasanya memang betul dah tu..telur yg akak gunakan tak brp segar.Tukang mix pun nisa hehehe..pastu masa boh tepung bergentel sket.akak mix lagi sekali kira nak senang kije kih3..tp kami suka tektur yg macam ni hehehe

    noorsha> pestaim wat experiment nih..tu yg huru hara kejadiannya wakaka

    ReplyDelete