kek

Kek Buah...Lagi

By LiNa_Pg - Thursday, May 30, 2013

Assalamualaikum...
Macam dah jatuh chenta ngan kek buah ni...bila dah mengunyah mcam tak boleh stop...Tak sedar dah abes beberapa potong.Sedap ngan rasa manis2 buahnya tu.Kali agak bersabar sket untuk potong kek pas masak.Sempat gak la umur kek 12jam baru potong hehe.Kejadiannya nampak lebih moist dan sedap...Rugi taw siapa tak mencuba kek ni..Pagi tadi my laling siap bawa bekal gi keje.Kalau berbekal bagai tu,memang dia suka la tu.Kalau tidak...taraknya dia kesah..Sumber asal tengok SINI .

Moist kan?kan?
 bila yang 'baring' ni lagi nampak moist..
Tinggi sungguh kek ni..melimpah loyang cheq sampai terkena aluminium foil..Saya bersedia menerima tempahan kek buah kukus ni.Jika berminat, silalah e-mail atau PM saya di fb..Tempahan untuk bila2 masa sahaja, bukan setakat untuk hari raya sahaja.
RESEPI KEK BUAH
Rujukan : Hana , Chaya Sheila
Sumber : lina pg


Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. cantek... sedap kan kek buah ni.. sape yang suka manis2 tu.. saya pun suka sesekali makan.. berserta teh O panas.. sedap sangat.. semalam nampak dlm blog kak madiha wat.. hari ni kat sini lak.. memasing rajin belaka ye... :) saya tak tau nak buat bila ni..

    ReplyDelete
  2. Waaaa...rata2 tayang kek buah yer...

    ReplyDelete
  3. dah buat lagi sekali, akk ni sekali pun belum lagi, mesti sedap sangat ni

    ReplyDelete
  4. @JaSSNaNi
    Dah seconf round ni Nani...buat lagik hehe

    ReplyDelete
  5. @Gee®
    Kek buah sudah mencetus fenomena..

    ReplyDelete
  6. @EmbunRosaliza
    kena wat gak tu kak rosa..sedap..
    As siap bawa bekal gi kije kek buah ni takut abes hehe

    ReplyDelete
  7. salam na... cantikkkk... kesabaran membawa berkat! hihihi... skrg kita pon dah amik order kek ni. tp rata2 buh sultana jer.. alhamdulillah semua suka..

    ReplyDelete
  8. @hana
    Hihi..dah 2x buat..kali ni untuk test market...
    Nampaknya mendapat sambutan

    ReplyDelete
  9. memang nampak moist nye kak lina..terliur zila tau kaklina asik ditayang je dr dapur ke dapur

    ReplyDelete
  10. Alahaii jeless tgk..kita x leh mkn manis2 plk skrg ne..kecuqqq tau..

    ReplyDelete
  11. kalau dah jadi hati memang akan dibuat berulang2.. hehe.. mmg sedap kan? tp akak tak berani nak mkn byk2 maklumla org ada sejarah masalah gula.. hehehe..... mkn sikit2 berjimat cermat.. alhamdulillah dah 5 hari kek masih ada berbaki lagi.. elok lagi tak berkulat walau tak simpan dlm peti sejuk.. lina guna butter mahal ke butter biasa je?

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah sy nk try resepi kak lina ni...xthn nk mkn nih..hihi

    ReplyDelete
  13. Hi kak lina,

    Saya baru nak belajar buat kek ni. Tgk resipi kak lina ni, mcm sedap je. Ingat nak try.. Tapi, saya tak pasti dgn ingredient buah campuran tu.. Ape ye? Buah kering? Mana saya boleh dpt? Contoh? Hehe.. Sorry, saya betul2 tak de idea...

    Tq..

    ReplyDelete
  14. @Burung Berkicau
    Mixed fruit=buah-buahan kering, boleh beli di supermarket atau kedai bakery

    ReplyDelete
  15. salam lina..klau nk order mcmana...brp harganye..klau pos ke NS bole ke ? tq

    ReplyDelete
  16. @makteh
    wslm, saya PM mak teh kat fb nanti check inbox ya.
    Kek Buah ni bleh dipos.

    ReplyDelete
  17. KAK.. KALAU NAK BAKAR GUNA OVEN BOLEH TAK? KLU BOLEH BERAPA SUHU NYE

    ReplyDelete
  18. brp lama lepas padam api kek boleh disejukkan kt redai kek..selalu buat bhgn tengah akan lekuk

    ReplyDelete