kek

Resepi Kek Buah Kukus

By LiNa_Pg - Thursday, May 16, 2013

Assalamualaikum...
Akhirnya berjaya jugak membuat kek buah ni.Alhamdulillah...seronok bila tengok buah2 yang bertaerabur tuh.Pestaim saya membaking kek buah ni.Gigih mengukus 4jam.Segala resepi dibuat dengan patuh.Tadak satu pun yang ngelat hihi...Ekceli dah lama pasang niat nk buat kek buah ni, tambah bersemangat bila kastemer RVC saya tanya ada buat kek buah tak?Ishh..ada gak rupanya peminat kek buah..tak leh jadi ni..tak bermakna bila kita tak suka makan, org lain pun tak suka..Tambah pulak tengok Hana tayang kek buah..lagilah bersemangat nak buat..Dan hasilnya...sangat mengujakan...
Seperti yang diduga anak2 saya tidak melayan kek ini..jadi mama dan abah ajerlah yang makan huhu...seb baik kek ni tidak muak...lepas sektoi, seketoi lagi masuk ke mulut...

 lepas sejuk jer (dalam sejam) terus potong kek ni.Memang tak sabar nak rasa.Kalau diikutkan kek ni kena tunggu semalaman baru lebih moist dan kek tidak berderai.Tapi kek ni tetap cantik bila dipotong dan rasanya sedap...kalau dibiarkan 2-3hari lagi sedap agaknya..Tapi tak taulah sempat ke 2-3hari tu..dah tinggal setengah jer ni hehe
yang pas kuar loyang...nampak macam kering sket
UPDATE (17May2013)  : Pic ni selepas sehari..kek bertambah moist dan lembut.Maybe jus dari buah2 kering tu melembabkan kek ni.Rasanya lagi bestt..sayangnya cuma sepinggan ni ajerr..Rupanya lagi lama disimpan lagi sedap..

RESEPI KEK BUAH KUKUS
Rujukan : Hana , Chaya Sheila
Sumber : linapg

Bahan-bahan
  • 250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
  • 350g gula pasir
  • 60ml air panas
  • 500g buah-buahan campuran (lina pg letak 250g)
  • 3 biji telur gred A
  • 350g tepung gandum*
  • 1 sudu kecil cream of tartar*
  • 2 sudu kecil soda bicarbonat* 
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara
  • Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran .Kacau kemudian sejukkan.
  • Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
  • Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
  • Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.
  • Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj)
  • Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. tahniah! dah jadi pun kek buah.
    akak pun dah lama juga pasang niat nak buat kek buah. seumur idup mmg tak pernah buat kek buah..kecuali kek buah dlm cup2 comel.. itupun masa zaman anak dara buat utk raya.. hihi... mkn konpem suka.. cuma nak buat je belum sampai seru org kata... insyaAllah nk cuba juga one day.. tp kena cari stok buah2 kering dulu...

    ReplyDelete
  2. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    Terima kasih...terima kasih (ucapan ala-ala menang award haha)
    Percubaan pertama yg suksess..kek ni bahaya tul..dah start makan xleh berenti...
    cepat2 gi cari mixed fruit, nanti bleh meng'kek' sebelum raya wat testing dulu hehe..Bleh jadi hidangan raya lak

    ReplyDelete
  3. assalam Lina..kek buah kukus paling acik suka..selalu beli je..tak pernah buat

    ReplyDelete
  4. Assalam , akk pun sama tak pernah mencuba buat kek buah, suka mkn tapi tak tau nak buat. Kalo ikutkan kek buah ni susah sikit nak jadi buah tu terabur, biasnya terkumpul kat dasar je.

    Insyallah nak juga cuba buat ni , dh tgk rasa berkenan la pulak

    ReplyDelete
  5. salam kak lina..

    wah, menggoda kek buah tu..sedapnya..

    ReplyDelete
  6. @Acik Erna
    wslm..saya pun sama kak erna..selalu main beli ajer.Ni pestaim mencuba..seb baik menjadi

    ReplyDelete
  7. @EmbunRosaliza
    wslm..walaupun nampak kering, tp kek ni sangat sedap...hari ni dah nampak moist dan lagi sedap..

    ReplyDelete
  8. @Bbwana adienia
    wslm...akk pun suka tengok buah yg bertabur tuh..maklumlah pestaim tu yg ekcited sket hihi

    ReplyDelete
  9. cantik btl kejadianye ..nampak buah-buah tue elok jew..klu x abis kasi zila sikit ..h ehee

    ReplyDelete
  10. salam kak...sedapnya tgk kek buah akak ni...ada lagi x kak...fiza nak bawa bekas gi ambil kat umah akak ni...he he he

    ReplyDelete
  11. cantik keknya..lama dah teringin nak buat kek ni..asyik tertangguh je..tak boleh jadi ni..kena buat gak.

    ReplyDelete
  12. Slmt berhujung minggu Lina
    kek buah kukus nampak moist...sedap ni. teringin nak tp dok angan2 saja dulu...
    re; samalah kita Lina suka jln2....jln dkt2pun suka...ada rezki jln jauh sikit. pakai topeng bunga tu nak bagi lagi comei....hi...hi...

    ReplyDelete
  13. salam...
    nampak sedap dan menarik kek buah ni..

    ReplyDelete