Cucur Nasi Ikan Bilis

By LiNa_Pg - Monday, December 07, 2015

Assalamualaikum...
Cucur, Jemput-Jemput, Cekodok, Cucoq tak kira apa nama panggilannya tp memang sedap dimakan pasan.Tambah lak time cuti sekolah ni, buatlah apa saja kompom licin.Cuti2 sekolah ni macam2 juadah menu petang kena sediakan.Kalau hari biasa tu mmg xde la minum2 ptg ni.Kalau ada pun jarang sangat kejadiannya hahaa..Bukan apa, anak2 lambat balik dari sekolah..ada yg kol 2pm ada yg kol 3pm..Lunch pun lambat..Mestilah dah kenyang..tggu dinner ajerlah.Bila tengok ada lebihan nasi lepas lunch, ada pun xbyk sangat, mmg x cukup untuk buat ns goreng pun.Tambahan pulak untuk dinner mmg dah plan nk kuar dinner outing.So buat ajerlah cucur nasi.Walaupun ini hanya siaran ulangan tp tepek gak la resepi supaya boleh bg idea kepada kawan2 di luar sana yg tengah pening2 nk masak untuk anak2.Ringkas tp sedap..Kali ni saya olah sedikit untuk tambah kerangupan di luar dan lembut di dalam..Iaitu menggunakan tepung beras.Wah..sejak dah tau secret resepi buat cucur terus buat eksperimen hehee..Resepi asal boleh tengok umah YATIE ya

Sengaja goreng gelap2 siket bg garing2 kat luar...tengok kat dalam menten lembuttttt.Sedap cicah ngn sos cili tambah lak ada teh O..layannnnnn

RESEPI CUCUR NASI IKAN BILIS
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk baking powder
  • 1 biji lada besar dihiris nipis
  • Daun bawang hiris
  • sedikit garam 
  • 1 kiub ikan bilis
  • Kunyit/pewarna kuning
  • Minyak untuk mengoreng


Cara Membuatnya

  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.Tuang ke dalam bekas besar
  2. Satukan tepung beras, tepung gandum, baking powder dan baking soda.Masukkan campuran tepung ke dalam bahan blend tadi
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam/kiub ikan bilis dan gaul sebati (LiNa Pg biarkan sebentar selama 20min)
  4. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak yg telah dipanaskan td.Goreng adunan cucur hingga masak.
  5. LiNa Pg gunakan tangan saja utk menjemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

 Ada nasi lagi x?Hurmmm tunggu apa lagi jom buat cucur..sedap tau

  • Share:

You Might Also Like

2 comments