Ayam Rosemery Grill Madu (Enak Dan Mudah)

By LiNa_Pg - Tuesday, March 22, 2016

Assalamualaikum...
Dah lama x bersiaran dengan resepi..asyik tayangan kek tempahan dan lain2 ajer kan?Ekceli masak tu tetap mask gak..cuma kadang2 lauk2 simple jer...pastu yg pesen siaran ulangan tu yg malas nk snap gambar..Ayam Grill ni pun siaran ulangan gak tapi terasa rajin nak snap gambar.Tp dah snap tengahari x cantik plak gambar..xpe la janji ada gak gambar n boleh buat n3 kat blog ni.Ayam Rosemery Grill ni sedap diratah atau pun dimakan bersama nasi...kalau nak ratah lebih sedap kalau ada sos...mmg mabeles...

Moist, tender and juicy..nyum...nyum...

AYAM ROSEMERY GRILL MADU
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Bahan - Bahan: 
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (boleh jg guna 4 keping whole leg) 
  • 1 kiub ayam 
  • 3 sudu besar kicap pekat manis 
  • 3 sudu besar sos tiram  
  • 2 sudu besar kicap mee goreng (LiNa Pg gn Tamin) 
  • 3 sudu besar madu 
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk) 
  • 1in halia(tumbuk) 
  • 1 sudu kecil lada hitam  
  • 1sk rosemery kering 
  • Sedikit olive oil 

Cara-cara 
  1. Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas. 
  2. Perap 30 minit atau lebih (LiNa Pg perap semalaman).
  3. Kemudian bakar dlm oven suhu 160 darjah selama 1jam (atau hingga masak)
  4. Terbalikkan ayam selepas 25-30min proses membakar (Jika ada oven ada fungsi rotisserie, cucuk saja ayam pada besi pemanggang.
  5. LiNa Pg lapik alumium foil atas dulang pembakar, pastu baru letak ayam.Lumurkan sedikit myk(olive oil) Curahkan sekali air lebihan perapan ayam tadi ke atas ayam. Selepas setengah jam, terbalikkan ayam dan curahkan air perapan dalam dulang ke atas ayam supaya ayam tidak kering.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalam lina,
    cantik ayam tu..akak tengok..kalau akak grill ayam selalu tak jadi..
    instead of sekor ayam tu jadi ayamnya breakdown into pieces..hehe...

    ReplyDelete