IKAN BAWAL EMAS GORENG BERSOS (CARA MUDAH DAN ENAK)

By LiNa_Pg - Tuesday, April 26, 2016

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan resepi Ikan Bawal Emas Goreng Bersos cara paling mudah, cepat disediakan dan yang paling penting ianya enak dan menepati citarasa keluarga saya.
Bagaimana nak hasilkan masakan yang enak dan secukup rasa, iaitu tidak terlebih masin,tidak juga hambar dan sebagainya?Rahsianya hanya sedikit taburan Maggi® CukupRasa™ dalam setiap hidangan lauk pauk dan juga sayuran dapat menghasilkan juadah yang enak dan pastinya memikat selera keluarga.

Teringat masa mula2 saya mengenali Maggi® CukupRasa™, masa tu saya sedang mencari barang2 dapur di sebuah pasaraya,tetiba ada promoter datang menyapa dan memberikan sample percuma Maggi® CukupRasa™ untuk dicuba.Rezeki jangan ditolak.Resepi pertama yang saya cuba ialah Telur Dadar.Hanya pecahkan telur ke dalam mangkuk dan sedikit taburan Maggi® CukupRasa™ menghasilkan rasa telur dadar yang enak luar biasa hingga anak2 pun bertanyakan kenapa telur dadar ni rasa lain dari kebiasaannya.Saya hanya tersenyum, dalam hati hebat jugak penangan Maggi® CukupRasa™ ni.Bermula dari situ saya terus menjadi pengguna setia Maggi® CukupRasa™.Itu dulu...hanya tau guna untuk telur dadar ajer tp sekarang ni macam2 jenis masakan boleh dibuat menggunakan Maggi® CukupRasa™.Antaranya ialah resepi ikan bawal bersos.Enak dan sangat mudah disediakan..
Cara masak ikan tiga rasa, resepi ikan masam manis,

Resepi kali ni, saya hanya Maggi® CukupRasa™ sebagai pelengkap.Tak perlu letak garam,MSG atau gula lagi tau sebab Maggi® CukupRasa™ merupakan perisa lengkap kerana ianya dibuat dengan menggunakan bawang merah dan bawang putih yang segar bersama ikan bilis, garam dan penambah perisa bak kata omputih 'complete all-in-one seasoning'. Apabila garam dan gula kurang digunakan dalam masakan ianya lebih bagus untuk kesihatan.Memasak pun jadi mudah.Senang kan?dan tak perlu risau makanan terlebih garam atau sebagainya.
Nak makan makanan enak setiap hari dengan cara mudah ikutlah cara saya hanya guna Maggi® CukupRasa™

IKAN BAWAL EMAS GORENG BERSOS
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan: 
  • 1 ekor ikan bawal  
  • 1/2 labu bawang besar (blend) 
  • 3 ulas bawang merah (blend) 
  • 2 ulas bawang putih (blend) 
  • 3 sudu besar cili giling 
  • 1/2 labu bawang besar (dadu) 
  • 1 biji epal hijau granny smith (dadu kecil)
  • 1/2 biji capsicum merah (dadu kecil)
  • 1/2 biji capsicum kuning (dadu kecil)
  • Buah tomato/tomato ceri
  • Daun kucai  (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar sos cili Maggi®
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi®
  • 2 sudu besar sos tomato Maggi®
  • Sedikit Maggi® CukupRasa™ 
  • Sedikit kunyit
  • Minyak 
  • Air  
Cara-Cara: 
  1. Ikan dicuci bersih, lap dengan kitchen towel.Kemudian perasakan dengan sedikit Maggi® CukupRasa™ dan kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) hingga layu. Masukkan bahan kisar tumis sebentar hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak. 
  4. Satukan semua sos ke dalam mangkuk kecil (sos cili Maggi®, sos tomato Maggi® dan sos tiram Maggi®) masukkan sedikit air (lebihkan air jika suka banyak kuah)
  5. Tuangkan ke dalam tumisan.Sesuaikan rasa, tambah sedikit Maggi® CukupRasa™ (tak perlu masukkan garam dan gula sebab Maggi® CukupRasa™ dah lengkap semuanya)
  6. Renehkan sebentar, supaya kuah pekat.
  7. Masukkan epal hijau, capsicum dan daun kucai(simpan sedikit untuk hiasan).Gaul sebati.Jika suka yang masih rangup boleh terus tutup api.Kalau suka yang lembut siket, biarkan sebentar atas api.Kemudian tutup api
  8. Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun kucai
  9. Dah siap.Senang kan? Ada Maggi® CukupRasa™ kerja memasak jadi lebih mudah
 Ikan bawal dicuci bersih (lap dengan kitchen towel) Perasakan dengan sedikit Maggi® CukupRasa™ dan sedikit serbuk kunyit
Goreng hingga garing.Angkat dan ketepikan.
Jom kita sediakan sos pula
Panaskan minyak, tumis bawang besar yang didadu hingga layu.
Kemudian masukkan bahan kisar.Tumis hingga sedikit garing
Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak
Kemudian masukkan bancuhan sos
Hanya sedikit taburan Maggi® CukupRasa™ sebagai pelengkap hidangan
Masukkan epal hijau, capsicum, daun kucai dan tomato ceri. Dah siap sos yang enak memikat selera.
Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.Mudahkan?ada Maggi® CukupRasa™ keje memasak jadi sangat menyeronokkan.Anak2 pun x sabar nak menikmati setiap hidangan yang disajikan
Simple saja...yang penting enak dan dapat menambat hati keluarga.Cubalah

  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. Assalam lina, sedapnya ikan bawal bersos tu. Akk pun suka guna maggie secukup rasa, lagi pun dia halus2 xperlu risau berketul ke masin x sekata ke. Akk suka juga guna dlm kari atau apa2 pun masakan. Rasa pun memang terbaik

    ReplyDelete
  2. @EmbunRosaliza
    wslm kak rosa..a..ah mmg pun kan?xyah ssh2 nk adjust garam/gula/perasa byk...tabur jer..insyaaAllah sedap masakan kita tu hehee..

    ReplyDelete
  3. As salam tuan rumah,
    Kalau guna ikan bawal putih pn blh kan? Adik beradik dia juga. Beso makan bawal yg putih tu.

    ReplyDelete
  4. Baik punya promote ni..trgoda tgk ikan bawal tu..mkn dgn nasi putih panas2..mmg syok!!

    ReplyDelete
  5. Uwaaa,nk kena g beli jugok Maggi cukup rasa ni,terliur weiii

    ReplyDelete
  6. @Adry@Daun
    wslm en daun..boleh jer ikan apa2 pun siakap,bawal hitam atau putih..bawal emas ni kulit dia lasak siket..goreng x melekat...

    ReplyDelete
  7. @♥♥azatiesayang ♥♥
    Hahaha..senang kije kak atie guna maggi cukup rasa ni.Tak yah ulang2 rasa byk kali..kalau anak2 nk goreng telur dadar pun mudah

    ReplyDelete
  8. @Liza
    Beli la fren...testing dulu..hok kecil seriya jah so paket...wah jd promoter maggi la pulok kih3

    ReplyDelete
  9. Sedapnya..mkn tmbah2 la dpt makan ni..panas2 lagiiii sedap..

    ReplyDelete
  10. @ezzyra
    Meme sedakkk dik..ingt x dulu adik banje udang (manchurian tu)ada ikan bawal kan...sama lah rcpnya cuma kali guna shortcut maaggi cukup rasa hahaa

    ReplyDelete
  11. Dapp ahh.. br je wt ikan bersos cmni...gna cukup rs xprlu rsau ngn xcup rs. Hihi.. ab dh cukup rasa..

    ReplyDelete
  12. Frenn..tgk pon trus trsa lapar dh..mesti sdp sngat dgn ikn yg digoreng garing dan sos plak secukup rsa..npak berselera la..

    ReplyDelete
  13. @ayunalisa
    Mudah jer kan kalau guna MCR ni...tabur jer siket2 dah complete rasanya

    ReplyDelete
  14. @maz
    Fren..ikan goreng tu pun dah cukup sedap dah...kalau malas mkn camtu jer hahaa..boh kicap patah2 cabai melaka

    ReplyDelete
  15. assalam, Lina..
    kecur dah air liur malam2 tengok ikan dgn sos tu..
    nampak very fresh ikannya.. .ini sepinggan nasi panas jalan terus aje ni..salah2 hikmat..2-3 kali bertambah..
    kat rumah akak pun ada maggi secukup rasa ni..:)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Lina,

    Wah...mengiurkan betul ikan tu, sedap ni makan dengan nasi panas-panas. Save resipi dulu..K.Fiza pun nak try juga masak nanti. Mudahnya dgn Maggi cukup rasa...akak pun sentiasa ada stok dirumah ni.

    ReplyDelete
  17. Kuahnya nampak cantik...pekat memikat! MCR sekarang dah jadi teman dapur kak Amie juga ....he he heee

    ReplyDelete