Nasi Limau Purut Mudah Dan Enak Beraroma

By LiNa_Pg - Wednesday, June 01, 2016

Assalamualaikum..
Nasi Limau Purut sangat mudah dan sungguh enak menyelerakan.Bila makan terasa2 aroma daun limau purut tu.Paling best xmuak dimakan.Kami makan nasi ni bersama Rendang Hitam Daging mmg sedap la kat tekak kami.Tekak orang lain xtau la kan hihi.Biasalah bila saya free xde sebarang tempahan, rajinkan diri buat nasi berperisa untuk famili.Sebelum saya pernah buat nasi limau purut ni tp kali lebih ringkas.Kalau nak tengok versi terdahulu boleh tengok SINI 

Nasi Minyak Mudah
Nasinya sangat lembut dan xmuak dimakan...Sedapppp

RESEPI NASI LIMAU PURUT BERAROMA 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan A 
  • 3 cawan beras basmati
  • 3 cawan air 
  • 200ml santan (LiNa Pg gn santan kotak Ayam Brand)
  • 1 kiub ayam (atau garam dan gula/perasa)
  • 5 helai daun limau purut (siat-siat)  
  • 1 batang serai (ketuk) 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 1/2 labu bawang besar (mayang halus)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 cm halia (tumbuk)
  • Sedikit butter/minyak masak 
  • Sedikit pewarna hijau 
Cara-Cara 
  1. Beras dicuci bersih.Rendam selama 20min.Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang,bawang besar,serai dan bahan tumbuk hingga terbit bau dan bawang layu. 
  3. Masukkan air,santan,daun limau purut dan kiub ayam (atau garam,gula/perasa).Biarkan hingga mendidih. 
  4. Masukkan beras dan gaul sebati.Kacau sekali sekala supaya tidak berkerak. Bila nasi kering, kecilkan api dan titiskan sedikit pewarna hijau.Tunggu hingga nasi betul2 masak (mcm masak nasi biasa) 
  5. Selepas nasi masak.Bolehlah digembur2kan dengan menggunakan garfu.Sedia dihidang bersama lauk kesukaan

Cara Buat Nasi Limau Purut

Simple saja tp menyelerakan

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalam Lina
    Nasi limau purut nampak sedap sangat..boleh masuk list..
    Salam ramadan buat lina & keluarga..maaf dipinta jika ada terlanjur bicara..

    ReplyDelete