Cara masak Ayam Stim Hainan Resepi Sangat Mudah Rasanya Sangat Sedap

By LiNa_Pg - Monday, June 12, 2017

Assalamualaikum...
Bulan puasa ni macam2 resepi baru nak cuba, bulan puasa ni saya kurang gemar makan yang berlemak, gulai dan sewaktu dengannya.Lebih suka yg simple jer.Dah lama teringin nak mencuba Hainanese Chicken Steam tapi ms tak mengizinkan.Bila tengok steamer elektrik yang dihadiahkan oleh Pensonic belum dibuka dari kotak lagi huhu..terus bersemangat nak buat Ayam Kukus Hainan ni.Kebetulan hari mggu lepas ada beli ayam Whole legs terus mulakan projek.Gugel sana sini cari resepi paling mudah.Kemudian saya olah ikut selera dan sesimple yang boleh.Hasilnya sangat kebaboom...Sayangnya Ayam Kukus Hainan ni masak cun2 dekat waktu berbuka, agak kelam kabut nak snap gambar.So, snap gak lebih kuranf...daun bawang pun lupa nak tabur..mmg ada beli.Jadinya togel camtu la ayam..walaupun nampak kurang menarik dan kurang berseri hasil presentation tapi rasanya tidak ada satu pun yang kurang.Anak2 kata macam Chicken Rice Shop la mama...terus mama dia kata ampa posa, bilan makan semua sedaplah sebab lapar...Respon depa,,bukan ma, serius sedap.Bila saya sendiri yang rasa..mmg anak2 berkata jujur.sedap baq ang.Nak tau camana kesedapannya tu kenalah cuba sendiri

Adoyai gambar ntah pape jer..mmg xde props bagai dah sebab nak cepat..nak waktu berbuka sangat dah ni.
RESEPI AYAM STIM HAINAN
Bahan Bahan
2 keping whole leg
1/2 kiub ayam
5 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 inci halia (tumbuk kasar)
Sedikit lada hitam (grind course)
2 sudu sos tiram
1 susu kicap seasoning
Sidikit minyak bijan (LiNa Pg guna olive oil jer)

Cara-Cara
  1. Ayam dibersihkan, kemudian perasakan dengan kiub ayam.
  2. Taburkan lada hitam, Masukkan kicap dan sos tiram.
  3. Akhir sekali gaulkan ayam dengan bawang putih dan halia.
  4. Tuang sedikit minyak bijan.Gaul rata.Perap selama 1 jam
  5. Kemudian bolehlah dikukus.Pasti air dalam kukusan mendidih terlebih dahulu.Kukus hingga masak (~ 1jam)
  6. LiNa Pg kukus menggunakan stemer Pensonic chef's like, tak perlu didihkan air, terus masukkan ayam dalam bekas dan ON jer.sebab ianya hanya mengambil masa 2 min untuk capai suhu didih mudahkan guna pengukus elektrik Pensonic ni.
  7. Dah siap bolehlah dihidang

 Mudah sahaja cara masak ayam stim hainan ni.Stemer Pensonic ni frenly user, nampak tak ada satu slot kecik kat atas gambar chef's like, tu tempat nak top up air
 Tips penjagaan stemer elektrik supaya tahan lama dan tidak cepat rosak 

Jangan lupa menonton Chef Mail Masak Bersama Pensonic petang nanti di TV3 6pm.
Minggu depan episod 7, turn LiNa Pg pulak akan bersiaran dalam progam tu.Tak taulahan camana gayanya macam katun ke apa...asyik gelak jer xleh nk kontrol ayu langsung hahaa

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Allahu tetiba teringin la pulak Kak. Insha Allah boleh cuba ptg nanti. Tq resepi nya ye Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan..mudah jer tp ya Allah sedappp sangat kat tekak.kami anak beranak

      Delete
  2. Lina, ayam stim macam ni favret PH. Sedap. Tapi PH tak pakar dalam bidang potong ayam. Berterabur dibuatnya. So makan seketul macam tu jer hah..hah.. Kalau sempat, PH nak tonton Lina beraksi kat TV nanti :)

    ReplyDelete