Nasi Lemak Sambal Udang Yeo's Resepi Mudah,Sedap Dan Cepat

By LiNa_Pg - Saturday, June 24, 2017

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik, rupanya kita dah sampai ke penghujung Ramadan, insyaaAllah esok kita akan menyambut hari raya Aidilfitri.Biasanya di hujung2 puasa ni, bazar ramadan pun dah makin sepi sebab ramai peniaga sudah tidak lagi berjualan.Kaum ibu pun banyak fokus kepada juadah hari raya.Mesti sibuk nk siapkan ketupat rendang, sibuk membakar lemang.Kadang2 sampai terlupa dengan juadah untuk berbuka.Bukan apa eksaited sebab nak sambut raya hehee.Itulah pentingnya sediakan payung sebelum hujan.Pastikan kat rumah sentiasa ada makanan dalam tin.Dah terdesak keluarkan jer, olah serba siket dan boleh makan.Hari ni saya nk kongsikan satu resepi yang sangat mudah iaitu Nasi Lemak Sambal Udang Yeo's.Ambil masa 25-30min jer untuk disiapkan.Masak nasi dalam rice cooker, sambil tu buat sambal dan rebus telur telur.Dah darurat ni tak payah la ikan bilis bagai hihi..Janji dapat berbuka on time.Ada stok makanan dalam tin ni keje memasak menjadi mudah.Pastinya Yeo's menjadi pilihan semulajadi saya sebab ianya Halal dan sedap.Menepati citarasa keluarga saya.Ok jom kita semak resepi.

 Nasi Lemak Sambal Udang Yeo's digandingkan dengan telur rebus dan timun jepun.Simple tapi sangat sedapppppp.Dalam mangkuk kecil tu lebihan sambal tadi, saya panaskan dan hidang berasingan.Sambal udang Yeo's ni sedap jugak dibuat sambal nasi goreng

RESEPI NASI LEMAK SAMBAL UDANG YEO'S
Bahan (Nasi Lemak)
  • 1+1/2 cawan beras basmati
  • 1+1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan 
  • 2 helai daun pandan
  • 1 ulas bawang merah (mayang)
  • 3 hiris halia
  • Sedikit garam
Cara Cara
  1. Satukan semua bahan, masak seperti biasa.
Note: Sukatan air bergantung kepada jenis beras.Kalau menggunakan beras basmati, rendam beras selama 1/2 jam kemudian masak seperti biasa

Bahan Sambal Udang Yeo's
  • 6 ekor udang saiz besar 
  • 1 tin kecil sambal udang Yeo's
  • 1 labu bawang besar hollang (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • 1 biji cili hijau (potong serong)
  • 2 sudu besar sos tiram
  •  1 sudu besar sos tomato
  • Garam+kunyit
  • Minyak
Cara Cara
  1. Udang dibersihkan, perasakan dengan garam+kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan daun kari dan bawang putih.Tumis hingga terbit bau dan sedikit garing
  3. Masukkan 4 sudu besar sambal udang Yeo's, tumis sekejap.
  4. Kemudian masukkan sos tiram dan sos tomato.
  5. Kemudian masukkan udang (yang telah digoreng tadi) cili merah dan cili hijau.Gaul rata.Sesuaikan rasa.
  6. Dah siap.Tutup api.Sedia dihidang bersama Nasi Lemak.

 Bahan-Bahan sedikit sahaja dan sangat mudah
 Langkah sungguh mudah..yang penting sambal udang Yeo's ni sangat sedap
Sambal Udang Yeo's.Menyelerakan
Alhamdulillah siap.Hidangan lengkap Nasi Lemak Sambal Udang Yeo's
Dikesempatan ini LiNa Pg sekeluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.Ampun maaf andai ada salah silap terkasar bahasa atau menyinggung perasaan kawan2 semua.Kepada yang nak balik kampung berhati2 ketika memandu, ingatkan keluarga tersayang yang menanti di kampung halaman.

“Yeo’s” ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama.Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi kebaikan minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!Berkat Dirasa Bersama

Info lanjut 
www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828

  • Share:

You Might Also Like

2 comments