Assalamualaikum..
Salam Jumaat semua.Lambat siket bersiaran.Hari ni saya kongsikan resepi kukis pulak ya.Selang seli la dengan masakan harian.Kalau yg masak2 tu selalunya tak sempat nak sempat kalut nak berbuka.
Okey la malas nk bebel panjang.Biskut Pandan Aromaliciouse ni saya kongsikan dalam Majalah Saji Mei lepas jugak.Biskut sangat wangi dan rangup..mestilah sedap kan (kat tekak kami la)tekak korang tak tahu lah hehee.
Warna ijo tu pucat siket sebab guna pandan asli jer, kalau letak pewarna ijo siket lagi cantik
BISKUT PANDAN AROMALICIOUSEBy Malina LiNa Pg linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
100 gram mentega
1/3 cawan gula kastor
1 sudu kecil jus pandan asli (boleh guna pes pandan)
¼ cawan tepung jagung (*ayak)
1 cawan tepung gandum (*ayak)
½ sudu kecil baking powder (*ayak)
1 biji kuning telur
¼ cawan coklat chip
1 sudu besar nestum (ramas kasar)
Cara-Cara
- Ayak tepung jagung, tepung gandum dan baking powder.Ketepikan.
- Gaulkan mentega bersama gula kastor hingga sebati.Masukkan kuning telur.Masukkan jus pandan.Gaul
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Masukkan separuh coklat chip (simpan sedikit untuk hiasan) dan nestum.Uli hingga mencari doh.
- Jika adunan lembik, tambah 1 sudu besar gandum.
- Griskan Loyang dan alas dengan baking paper.Sudukan adunan kemudian leperkan sedikit.Jarakkan antara satu sama lain.Hias dengan coklat chip.
- Bakar hingga masak suhu 160’C selama 25min (bergantung kepada suhu oven masing2)
Note:
Jika tiada pes pandan boleh gantikan dengan pati pandan/jus pandan
- 2 helai daun pandan.Tumbuk lumat
- Masukkan 2 sudu kecil susu cair/air biasa.
- Tapiskan.Jadikan 1 sudu kecil jus pandan.
0 comments