Resepi Kuih Sagu Kelapa (Tips Sagu Jernih Tak Perlu Kacau Atas Dapur) | Kuih Sagu Bronok

By LiNa_Pg - Friday, October 04, 2019

Assalamualaikum,,,
Lama betul tak buat Kuih Sagu ni.Bila teringin nak makan, terasa malas nak kotorkan periuk dan pengukus.Biasalah kuih sagu ni selalunya kena kacau atas dapur terlebih dahulu, kemudian barulah dikukus.Kan dah dua peralatan kena cuci.Huish berkira bab cuci periuk hahaaaa.
Okey lah hari ni saya nak share satu trick buat kuih sagu kelapa yang tak perlu kotorkan periuk.Maknanya tak perlu kacau atas dapur pun.Campur2 terus kukus jer.Alhamdulillah sagu jernih dan cantik.Cepat dan mudah.Rasanya pun sedap.Sedikit kenyal.Kadang-kadang yang kacau2 terlebih dahulu, kuihnya lembek dan tak cantik bila dikukus.Ada bahan rahsia yang saya campurkan dalam adunan.Okey jom kita semak resepi.Bagi negeri Pantai Timur yang bercuti bolehlah buat minum petang untuk keluarga.

 Sedap kenyal2 dan sagu jernih keseluruhan.Tak ada putih2.Sangat mudah dan cepat.
Korang nampak bendera tu kan?Sebenarnya kuih ni saya buat sebelum 31hb Ogos lagi.Warna food presentation pun jalur gemilang (Biru, Kuning, Merah Dan Putih)

RESEPI KUIH SAGU BRONOK
By Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 cawan sagu
4 sb gula (boleh tambah jika suka manis)
2 sb rata (tepung kentang)
450ml air
1sb sirap rose
Kelapa parut
Garam

Cara-Cara
  1. Masukkan sagu ke dalam penapis dan bilas dengan air.Bilas sekali lalu sahaja.
  2. Kemudian masukkan air ke dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan sirap dan masukkan sagu.Rendam selama 10min (sekadar warna merah melekat pada sagu).Kemudian toskan.
  4. Masukkan gula dan tepung kentang.Gaul rata.
  5. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang/bekas.Pastikan loyang/acuan disapu sedikit minyak supaya senang untuk mengeluarkan kuih apabila telah masak.
  6. Isi adunan 3/4 bekas sahaja kerana kuih akan kembang semasa proses mengukus,
  7. Kukus selama 25-30min (hingga sagu jernih)
  8. Setelah kuih masak, biarkan sejuk seketika terlebih dahulu.Barulah dikeluarkan dari loyang/acuan.
  9. Sementara itu satukan kelapa parut dan sedikit garam.Kemudian kukus selama 5min.Tips supaya kelapa parut lambat masam/basi.
  10. Keluarkan kuih dari acuan dan gaulkan dengan kelapa parut.
  11. Kuih Sagu Brono sedia dihidang.
  12. Untuk video tutorial, sila tekan butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments