Cara Masak Opor Ayam Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, October 02, 2019

Assalamualaikum...
Kali ini saya nak kongsikan Resepi Opor Ayam.Sekali tengok kuning2 macam Masak Lemak Cili Padi kan?Bagi kita Opor tu mesti gelap2 seakan Kerutuk atau Rendang.Itu Opor menu tradisi negeri Pahang.Tapi terdapat juga di negeri Kelantan dan Terengganu.Resepi Opor Kuning yang saya kongsikan ni Resepi negara jiran iaitu Indonesia.Saya tak pasti daerah mana sebab ada pelbagai versi jugak.
Kebiasaannya kalau di Indonesia Opor Ayam merupakan juadah istimewa disajikan semasa hari lebaran.Kalau kita masak rendang, mereka masak Opor dan dimakan bersama nasi impit/lontong.Tak tahulah dirasuk apa, hati meronta2 nak cuba masak Opor ni...Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Saya makan dengan nasi putih jer.
Untuk Opor ni saya cuma reneh sekejap sahaja sebab takut pecah minyak dan tak cantik.Lagipun saya masak untuk makan tengahari sahaja.Kalau korang masak untuk raya kena reneh lama sampai pecah minyak (macam teknik rendang) supaya Opor tahan lama dan tak basi.Alhamdulillah walaupun saya tak reneh lama, tapi masih tahan hingga ke esok pagi jugak tau, boleh cicah2 dengan roti.Kebiasaannya saya akan tumis lama bahan2 kisar supaya masak elok dan lambat basi.Cuma part reneh tu jer saya mengelat siket sebab tak nak pecah santan.Bukan nak buat raya pun kannn hahaa...
Okey untuk Resepi Opor Ayam Spesial Lebaran ni saya sediakan video tutorial.Korang boleh refer kat sana jugak.Sebelum terlupa kalau korang suka pedas boleh tambah cili padi dalam bahan kisar, resepi asal sepatutnya ada diletakkan lada putih dalam bahan kisar, tapi saya tak suka rasa lada putih dalam kuah macam ini..so, saya skip jer.

Memang sedap dan sungguh beraroma.Gabungan serai, daun bay, limau purut.Semerbak satu rumah.Tambahn dengan kuah pekat macam ni memang sesuai sangat kalau makan dengan nasi impit.Mesti berpalut elok.Rasanya kalau makan dengan Pulut Kuning pun ngam jugak ni.

RESEPI OPOR AYAM
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 12 ketul ayam
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 biji buah keras (kisar)
  • 3 cm lengkuas (kisar)
  • 3 cm halia (kisar)
  • 3 cm kunyit (kisar)
  • 2 batang serai (kisar bahagian lembut)
  • 1 sb ketumbar (kisar)
  • 1/2 sb jintan halus (kisar)
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 helai daun bay
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 asam keping
  • 200ml santan cair
  • 300ml santan pekat
  • Garam dan perasa
  • Minyak
  • Bawang goreng (untuk hiasan)
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan serai (bahagian batang).
  2. Masukkan bahan kisar, daun bay dan daun limau purut.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dengan tumisan.Tutup periuk sekejap untuk kecutkan ayam.Tips supaya ayam tidak hanyir.
  4. Masukkan santan cair, asam keping, garam dan perasa.
  5. Tutup periuk dan biarkan mendidih (Sambil kacau sekali sekala)
  6. Masukkan santan pekat dan reneh hingga kuah pekat.Akhir sekali masukkan bawang goreng.
  7. Tutup api, Opor Ayam sedia dihidang.Boleh dimakan bersama Nasi putih atau nasi impit.Selamat Mencuba.
  8. Untuk video tutorial sila tekan buatng PLAY di bawah.Jangan Lupa Subscribe Youtube LiNa Pg ya


  • Share:

You Might Also Like

0 comments