Resepi Ibu Sambal | Pes Serbaguna Mempercepatkan Kerja Memasak
Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Isnin,apa khabar semua?Saya harao semuanya dalam keadaan sihat walfiat.Okey hari ini saya nak kongsikan tips yang memudahkan kerja kerja memasak bagi seorang suri rumah ataupun kaun ibu yang berkerjaya iaitu IBU SAMBAL.Ibu segala sambal ini boleh digunakan untuk membuat sambal nasi lemak, sambal sardin, untuk menggoreng mi atau bihun, pes asam pedas, ayam kicap dan sebagainya.Untuk ayam kicap untuk renjis kicap dan sesuaikan rasa.Saya cuma tambah kiub ayam seketul jer.Pendek kata sangat menjimatkan masa.Konsepnya ialah berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian.Sekali jer penat, lepas tu akan senang.Tambahan macam saya ni, anak sekolah seisi petang, memang agak kelam kabut siket di sebelah pagi.Jadi bila guna ibu sambal ni, asal bahan mentah dah lembut/defroz masukkan jer ke dalam pes/ibu sambal nak diapakan dengannya just tambah yang patut, nak diasam pedas, cuma buat terjunan bebas daun kesum dan bunga kantan...setel sudah.Senang kan.
Cerita banyak tak guna...Jom kita belajar cara cara membuat Ibu sambal ni.Ada video tutorial juga.So, korang boleh tengok di youtube
- 1 labu bawang besar (kisar)
- 10-12 ulas bawang merah (kisar)
- 1/2 cawan ikan bilis (kisar)
- 5 ulas bawang merah (mayang)
- 1 batang serai
- 8-10 sb cili kisar
- 2 cm gula nisan/gula melaka
- 2 asam keping
- 4 sb sos tiram
- 1 sb kicap manis
- 1 kiub ikan bilis
- Air
- Minyak
- Panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah hingga terbit bau dan sedikit layu (tak perlu garing)supaya bawang hancur semasa proses menumis (lagi sedap)
- Masukkan bahan kisar tumis hingga garing.
- Masukkan cili kisar,tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air, asam keping, sos tiram dan serai.
- Setelah sambal pecah minyak (nampak minyak berlinang cantik) masukkan kicap (tips supaya sambal gelap dan cantik) dan juga kiub ikan bilis.
- Reneh sekejap lagi hingga sambal menjadi gelap sedikit bolehlah tutup api.Lagi lama direneh sambal semakin sedap dan tahan lama.
- Tutup api dan biarkan sambal sejuk sepenuhnya.Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk beku.
- Jika sambal mahu digunakan dalam masa 3 hari boleh disimpan di bahagian chiller sahaja.
- Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah
2 comments
Senang keja
ReplyDeleteTkasih share resepi
ReplyDelete