Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan Mudah Dan Sangat Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, October 16, 2019

Assalamualaikum...
Walaupun dah sering kali masak kari kepala ikan ni, tapi tetap gigih snap gambar dan buat posting.Kali ni berkesempatan untuk rekod dan buat video tutorial cara masak kari kepala ikan.Macam biasalah kalau kepala ikan,saya memang suka buat versi tanpa santan.Kiranya Kari Kepala Ikan Mamak Style la..tapi gabungan kari Nyonya siket sebab saya masukkan juga bunga kantan dan daun kesum.Memang suka kari ikan yang diletakkan bunga kantan dan daun kesum.Kebanyakan Restoran Kepala ikan kat Penang ni memang wajib letak daun kesum..saya pun memang dah terbiasa makan macam tu.Kalau tak letak daun kesum macam kurang 'kick'pulak.
Okeylah tanpa buang masa jom kita semak resepi.Sebenarnya agak buntu kekurangan idea untuk mengarang.Jom kita semak resepi

Suka kuah pekat macam ni.Selalunya kuah mesti kena lebih,sebab anak2 suka cicah dengan roti

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 kepala ikan (jenahak/ikan merah)
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  •  ulas bawang merah (hiris)
  • 1 cm halia (hiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sk halba campur
  • 50g serbuk kari ikan
  • 1 sb cili kisar
  • 1/2 sb pes asam jawa (bancuh dengan air)
  • 2 kuntum bunga kantan
  • Seikat daun kesum
  • 1 kiub ikan bilis
  • Bendi, tomato dan cili hijau/merah
  • Garam secukupnya
  • Minyak dan air




Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang merah, halia, daun kari dan halba campur (tumis hingga terbit bau sahaja)
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari dan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak (letak sedikit air supaya tumisan tidak hangus)
  4. Masukkan air asam jawab dan tambah air secukupnya.
  5. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan kiub ikan bilis. Biarkan kuah mendidih dan pekat sedikit.
  6. Masukkan kepala ikan dan biarkan kepala ikan masak.
  7. Sesuaikan rasa.Akhir sekali masukkan bendi, tomato dan cili hijau/merah.
  8. Kari Kepala Ikan sedia dihidang.Selamat Mencuba.Untuk video tutorial sila tekan butang 'PLAY' atau klik link di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments