Cara Buat Cucur Ikan Bilis Nak Kongsi Bahan Rahsia Supaya Cucur Rangup Dan Sedap
Assalamualaikum...
Dah ada plan ke nak masak apa untuk minum petang?Kalau belum ada, apa kata korang buat Cucur Ikan Bilis.Resepi simple dan sangat mudah disediakan.Bahan2 pun capai jer apa yang ada dalam peti ais tu.Psstt ni saya nak share satu tips petua supaya cucur atau bahan gorengan kita menjadi rangup dan sedap.Ini rahsia makcik2 yang meniaga goreng pisang atau apa2 yang goreng rangup kat tepi jalan tu.Ishhh..memandai jer buat tuduhan kata guna tepung goreng ready made.Takde maknanya...guna tepung gandum biasa jer tau...BAHAN RAHSIA dia ialah...MAJERIN CAIR dan guna AIR SEJUK hehe...Korang masukkan sedikit majerin dalam adunan yang nak digoreng.Magik kan majerin jer pun tapi hasilnya memang mantap.
Resepi Jemput Jemput Ikan Bilis kali ni, saya sediakan video tutorial.Dah agak lama jugaklah post ke utube sana.Macam biasalah ambil masa siket untuk publish kat blog ni.Kesnya malas nak mengarang ayat hahahaa...
Okey jom kita semak resepi cekodok ikan bilis yang super sedap ni.
- 1+1/2 cawan tepung gandum
- 250ml air sejuk (peti ais)
- 2 sb majerin cair
- 1 cawan ikan bilis
- 1 cawan karot (yang disagat)
- 1/2 cawan daun bawang
- 2 ulas bawang merah (hiris)
- 3 biji cili padi/cili merah (hiris)
- Garam
- Gula
- Pati ikan bilis
- Serbuk kunyit/pewarna
- Minyak untuk menggoreng
- Satukan semua bahan kecuali air dan majerin.Gaul rata terlebih dahulu.
- Kemudian masukkan majerin cair dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun.
- Adunan cucur jangan terlalu cair/pekat.Rehatkan sebentar anggaran 15-20min.
- Panaskan minyak dan goreng cucur dengan api sederhana hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Cucur ikan bilis sedia dihidang.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial, sila tekan buatng PLAY paparan di bawah
5 comments
waalaikumussalam. nyummm sedap tu. boleh la try guna resepi bila cuti esok. hehe
ReplyDeleteCubalah.. insyaaAllah ranguppp kruk krak... Bahan pun simple.
Deletesedapnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap, rangup dan mudah sangat. Jimat belanja.. telur pun tak pakai
DeleteApa bezanya guna air panas dan air sejuk dr peti ais..
ReplyDelete