Resepi Cucur Manis Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam

By LiNa_Pg - Wednesday, December 18, 2019

Assalamualaikum...
Apa khabar semua.Hari ni cuaca mendung jer, sejuk nyaman terasa macam sedang bercuti di Cameron Highland haha.Dah rancang ke tu  nak masak apa untuk tengahari nanti?Saya sendiri pun belum fikir lagi ni.Tapi awal2 pagi dah keluarkan ayam.Biasalah hari2 lauk ayam, kalau teringin nak makan lauk lain pun , ayam goreng mesti ada jugak.
Okeylah hari ni saya bukan nak kongsi resepi lauk pauk, tapi nak share idea untuk minum petang.Biasalah time cuti sekolah ni, tambah cuaca sejuk,manjang lapar jer kan?
Resepi Cucur Lemak Manis ni saya pernah buat sebelum ni tapi menggunakan susu manis dan susu cair.Kali ni saya olah sedikit menggunakan santan,alahai betul punya lemak manis.makan berketul2 pun tak sedar.Tambah kalau makan panas2 lagilah sedap.
So,kalau korang nak sediakan minum petang untuk anak2 bolehlah buat cucur manis yang rangup di luar, tapi lembut di dalam.Memang sedap.
Resepi Cucur Kembong Lemak Manis ni, saya sediakan video tutorial di youtube channel.Bagi yang belum subscribe, bolehlah subscribe okey sebab kebanyakan resepi baru saya akan upload ke sana terlebih dahulu, kemudian baru update dalam blog ni.Subscribe okey...percuma jer.InsyaaAllah setiap minggu ada video terbaru.Kalau kat blog ni saya tenggelam lama kemudian baru timbul, tapi kat utube insyaaAllah setiap minggu ada yang terbaru.Hari Khamis (Esok) ada video baru kat utube okey.
Jom kita semak resepi cucur susu lemak manis

 Montok montok semua...walauapun ada yang bertanduk tapi tang tanduk tu lagi ranguppp
Resepi sangat simple tapi memang sedap digandingkan dengan secawan teh o panas

RESEPI CUCUR LEMAK MANIS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 
1+1/4 cawan tepung gandum (ayak) 
120-150ml santan 
6-7 sudu besar susu pekat manis (boleh tambah/kurang) 
1/2 sk baking powder 
Sedikit garam 
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Satukan tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan susu pekat manis.Gaul rata.
  3. Masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang pekat dan licin.Rehatkan adunana selama 10-15min.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng cucur menggunakan api sederha hingga kuning keemasan.
  5. Tips semasa menggoreng sentiasa kacau/golekkan cucur supaya mendapat bentuk yang bulat.
  6. Angkat dan toskan.Selamat Mencuba.
  7. Untuk video tutorial.Klik butang PLAY paparan di bawah
Untuk paparan lebih jelas, boleh tonton di youtube LiNa Pg

  • Share:

You Might Also Like

1 comments