Cara Masak Sup Tulang Ala Thai Mudah Dan Sangat Sedap | Sup Tulang Pedas Masam Sedap Terangkat

By LiNa_Pg - Wednesday, September 23, 2020

 Assalamualaikum...

Hai semua..lama juga tak update resepi dalam blog kesayangan ni.Walaupun bahannya sentiasa ada untuk ditulis kat sini tapi faktor masa yang mengizinkan.Untuk lebih mudah korang mencari idea masakan harian, lebih afdal kalau korang SUBSCRIBE terus YouTube Channel @malina lina pg kerana kat sana insyaaAllah akan sentiasa ada video2 terbaru setiap minggu.Dan ya memang saya akan update juga dalam blog TMK ini cumanya akan mengambil masa untuk menulis.

Okey untuk resepi hari ini saya nak kongsikan resepi sup tulang ala thai...sup tulang ala thai mesti kena ada rasa masam pedas dan meriah dengan warna...Kebanyakan restoran suka memasukkan batang celeri ke dalam sup..tak kiralah sup ekor atau sup tulang.Saya memang suka batang celeri tu selalunya saya akan masukkan akhir sekali supaya ianya kekal rangup..Kalau makan tu masih crunchy krup krak gitu.

Sekali lagi nak minta maaf sebab laptop lama saya masih ada dengan nisa (dia bawa ke hostel sebab laptop dia ada masalah teknikal siket)Jadi gambar2 masakan mama dia dibawa bersama huhuuuu.Untuk post kali ni saya terus letakkan video  dan taipkan resepi.


Untuk video tutorial boleh klik paparan di atas tu yea..

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan Bahan

600g tulang lembu

1 cm lengkuas (ketuk)

1/2 cm halia (ketuk)

1 sup bunjut (sup tulang)

2 biji kentang

Karot

2 biji tomato

Batang seleri

Jus limau kasturi/limau nipis

Cili padi

Garam + gula/perasa/cukuprasa

Air secukupnya

Daun sup dan daun bawang


Bahan Tumis (Bahan B)

7 ulas bawang merah (mayang)

3 ulas bawang putih (mayang)

Rempah 4 sekawan (dalam pek sup tulang)

Minyak


Cara-Cara

  1. Masukkan tulang ke dalam periuk dan rebus guna api kecil (rebus tulang sahaja tanpa masukkan air)Biarkan seketika tulang+daging akan mengeluarkan air sendiri dan meresap masuk ke dalam daging.Hasilnya tulang dan daging lebih manis dan sedap.Tips supaya daging cepat empuk.
  2. Setelah air dari daging hampir kering, masukkan air, lengkuas halia dan sup bunjut tulang.Rebus hingga daging hampir empuk.Tambah air jika perlu.
  3. Masukkan kentang, karot dan teruskan rebus merebus tulang hingga empuk.
  4. Sementara itu panaskan kuali, tumis BAHAN B iaitu rempah 4 sekawan dan hirisan bawang merah dan bawang putih hingga garing.
  5. kemudian masukkan ke dalam periuk sup tulang.Tambahkan garam dan gula/perasa/maggi cukupras.Reneh hingga daging benar2 empuk.
  6. Akhir sekali masukkan perahan jus limau kasturi,buah tomato, cili padi dan batang seleri.Sesuaikan rasa dan tutup api.
  7. Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.Selamat Mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments