Resepi Roti Kerca Sedap Lembut Sampai Ke Petang | Roti Kerca Lina Pg

By LiNa_Pg - Thursday, September 10, 2020

 Assalamualaikum....

Selamat pagi Khamis, hari ini mencuri sedikit masa untuk update blog.Macam biasalah resepi basi sudah...Roti Kerca ni saya inspirasikan dari instagram tokti, makan pula dengan kari ayam.Sebenarnya resepi kari ayam yang saya buat tidak menggunakan santan dan saya rekod video juga untuk kari ayam.Tapi sayangnya salah satu footage/clip video terdelete.Masa ni saya buat video untuk bulan puasa...terlalu banyak clip video saya terpaksa delete sebab tak cukup memory.Itulah tedelete sekali dengan yang kari tu.Tak apalah ada rezeki nanti saya usahakan buat video sekali lagi untuk kari ayam.Hari ni saya masukkan resepi roti kerca sahaja dulu.Gambar roti kerca pula ada dalam laptop satu lagi...yang ni si nisa bawa ke hostel.

Jadinya agak cincai sahaja n3 kali ini saya cuma guna thumbnail dari youtube.Tak apa kannnnn....

Bagi yang belum pernah makan roti kerca, rasanya dan tekturnya hampir sama dengan roti jala...tapi dalam bentuk lempeng.Manakala adunannya pula adalah lebih cair.Roti kerca ni sesuailah bagi mereka yang tak ada acuan roti jala atau yang tak berapa pandai menjala/mengirai roti jala.

Okey jom kita semak resepi roti kerca


https://youtu.be/ywlJ84yYHBURESEPI ROTI KERCA 

By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

bahan bahan

3 cawan air 2 cawan tepung gandum 2 biji telur 2-3 sudu besar minyak garam pewarna kuning


Cara-Cara

  1. Satukan air, tepung, telur,minyak, garam dan pewarna ke dalam blender.Kemudian kisar dan tapiskan adunan.
  2. Panaskan non stick pan, tuang 1 senduk adunan tadi (agak2 jangan terlalu tebal)
  3. Biarkan sebentar hingga masak (tak perlu tebalikkan tau) Setelah masak angkat dari pan kemudian bolehlah digulung.Cara kedua boleh gulung terus atas kuali.
  4. Kemudian gunting roti kerca tadi.Siap dihidang bersama kari ayam.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Pernah tengok Datin Sri Tengku Zawyah buat roti kerca nk kak lina.

    Kalau tak silap sy, adunan dan tekniknya menyerupai peknga/lempeng tapi digulung & digunting di akhirnya.

    ReplyDelete
  2. Rasanya resepi asal Tengku Zack sebab roti kerca ni makanan kegemaran dato K, saya tengok tokti yang buat tapi biasalah artis mana ada sukatan...gugel sana sini jugaklah...
    Adunan roti kerca lebih cair dari lempeng dan roti jala sebab kita kena 'lenggang' dalam pan tu hehee...tapi memang sedap la lembut sangat

    ReplyDelete