Ayam Masak Kicap Paling Sedap | Ada bahan rahsia perlu tambah
By LiNa_Pg - Friday, August 01, 2025
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Jumaat, dah ada idea nak masak apa untuk hari ini?kalau belum saya ada idea lauk ayam untuk dikongsikan.Resepi ayam masak kicap versi ini paling kerap saya ulang siar di rumah sebab paling senang dan cepat dimasak.Bahan-bahan pun hiris sahaja tak perlu susah nak kisar atau tumbuk.Paling penting rasanya padu dan menjadi kegemaran anak-anak.
Ada satu bahan RAHSIA menjadikan ayam kicap ini lebih padu.
Ayam Masak Kicap Simple
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
10 ketul ayam
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 cm halia (hiris)
2 sb sos tiram
1 sb kicap manis (karamel ABC)
1 sk kicap cair
2-3 kicap lemak manis
air asam jawa (anggaran 1/2 cawan)
2 labu bawang holland
Cili merah dan cili padi
1 biji limau kasturi
serbuk pati ayam (jika perlu)
Garam dan serbuk kunyit
Minyak
Cara-cara
- Perasakan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan lebihan minyak menggoreng, tinggal sedikit untuk menumis.Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing.
- Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair, kicap lemak manis dan air asam jawa.Biarkan mendidih dan tumisan pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
- Masukkan bawang holland, cili merah , cili padi, sedikit serbuk pati ayam dan renjis sedikit lagi kicap lemak manis jika warna ayam masak kicap agak pucat.Gaul sebati hingga bawang holland sedikit layu.
- Akhir sekali dan ini TIPS penting untuk ayam kicap padu ialah perahan jus limau kasturi.Gaul mesra dan tutup api.
Note:
Perahan jus limau kasturi nampak simple tapi memberi impak yang besar.Memang sedap tau.
2 comments
resepi cepat dan sedap, terima kasih
ReplyDeletehaah memang sangat cepat siap tak perlu berlama di dapur, yang penting satu keluarga memang suka lauk ni
Delete