Ikan Kembung Masak Pindang

By LiNa_Pg - Thursday, August 07, 2025

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, hari ini saya nak kongsikan satu resepi lauk yang simple dan sangat mudah disediakan.Sekarang ini cuaca tak menentu sekejap panas, sekejap hujan maka sesuai sangatlah kalau nak masak lauk sebegini.Sedap tau hirup kuah masak pindang yang pedas manja dan masam-masam, memang membangkitkan selera.

Okey resepi kita hari ini ialah ikan kembung masak pindang atau singgang.Pindang kalau di sebelah utara ialah kuah singgang tetapi berwarna kuning kerana kunyit adalah bahan wajib.


Ikan Kembung Masak Pindang
by @malina lina pg
3 ekor ikan kembung / atau ikan termenung
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 batang serai (ketuk)
2 asam keping
Garam
serbuk pati ayam/serbuk ikan bilis/perasa
serbuk kunyit
Cili padi dan cili merah
Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Sediakan periuk, masukkan semua bahan kecuali ikan dan cili.
  2. Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu.Pastikan kuah sesedap rasa, kemudian masukkan ikan, cili padi dan cili merah.Biarkan ikan masak.Tutup api.Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Makan dengan sambal belacan ke, ikan masin goreng ke...pergh....bocor piyuk nasi...

    ReplyDelete