Kuih Tepung Boko Tepung Beras Tips Kuih Tahan Lama (Lambat Basi) | Kuih Tradisional Kelantan

By LiNa_Pg - Friday, August 08, 2025

Assalamualaikum...

Hai semua kembali bersiaran di pagi Jumaat.Masih banyak resepi yang tersimpan dalam folder, bila ada kelapangan untuk menulis, lebih baik kita manfaatkan masa tersebut.Okey hari ini saya kongsikan satu resepi kuih tradisional Kelantan iaitu Kuih Boko Tepung Beras atau Tepung Boko Beras.Kalau di Kelantan Kuih Boko terbahagi kepada 2 jenis iaitu boko tepung beras dan juga kuih boko ubi kayu.Kalau Tepung Boko Ubi Kayu agak terkenal di negeri lain juga kerana pernah viral suatu ketika dahulu dan ramai yang ambil peluang berniaga kuih boko ubi kayu.Akan tetapi kuih tepung boko beras ini tidak sepopular boko ubi kayu.Ianya hanya terdapat di kelantan sahaja.

Walau bagaimanapun tepung boko beras ini masih mudah didapati kerana masih ramai yang berjualan atau berniaga di pasar besar.Apa itu kuih boko?Kuih boko seakan sama dengan kuih talam.Boko dalam bahasa Kelantan memberi maksud talam atau dulang yang besar.Secara tradisional kuih boko dikukus menggunnakan 'BOKO' atau talam.Oleh kerana itulah namanya kuih boko.Apa perbezaan antara kuih talam dan kuih boko?Kuih Talam teksturnya agak pejal / 'firm' dan boleh dipotong dengan kemas.Manakala kuih boko pulak teksturnya lembut bergedik dan cara menghidangkan ialah skop ke atas pinggan atau pisang kemudian tuang bahagian putih (kepala santan).Rupa parasnya sedikit comot tapi rasanya lembut lemak manis dan sangat sedap.Resepi kali ini saya akan tunjukkan TIPS supaya kuih tepung boko tahan iaitu selepas bungkus menggunakan daun pisang, kita sebentar untuk naikkan aroma daun pisang dan kuih akan tahan lama (lambat basi)




Resepi Tepung Boko Beras kelantan
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (air gula nisan)
2 keping gula nisan/nisan kerek (120g)
2 sudu besar gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan
sedikit garam

Bahan B
1 cawan tepung beras
1 cawan santan
1 cawan air
air gula nisan (dari bahan A)

Bahan C (kepala santan)
4 sudu besar tepung beras
1 cawan santan
2 cawan air
1 helai daun pandan
sedikit garam

Bahan lain
Daun pandan secukupnya
lidi/pencungkil gigi


Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan A, masak hingga gula larut.Tutup api dan ketepikan sebentar hingga air gula sejuk/suam.
  2. Sediakan mangkuk besar, masukkan tepung beras, santan, air gula nisan (dari bahan A) dan air.Gaul sebati pastikan tiadak yang berketul.
  3. Sediakan loyang, sapu dengan sedikit minyak kemudian tapiskan adunan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 25min menggunakan API BESAR.
  4. Sementara menunggu kuih boko masak, kita buat kepala santan.Masukkan tepung beras dan santan.Gaul sebati tapiskan ke dalam periuk kecil.Masukkan garam dan daun pandan.Kacau hingga likat.Tutup api.
  5. Setelah kuih boko siap dikukus, cedok atau skop ke atas daun pisang atau pinggan dan tuang kepala santan.Kuih Boko sedia dinikmati.
  6. Untuk yang ekstra rajin, skop kuih boko ke atas daun pisang dan tuang kepala santan, bungkus kuih boko seperti bungkus tapai pulut.Kemudian kukus selama 5min menggunakan api kecil.Tujuan kukus supaya dapat membangkitka aroma daun pisang dan kuih tahan lama lambat basi.
  7. Video tutorial boleh tonton di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Tak penah mkn yg ni kalu boko uni kayu memanggg sedapp feberett jg

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaa....masuk dalam fridge makan sejuk-sejuk lagi mashuk... 😍😍

    ReplyDelete