Tuesday, November 3, 2009

Ayam Masak Padang



Salam,
Tayangan amal untuk hari ni ayam masak padang lak, x sempat nk make up segala bagai, siap jer masak, snap pic cepat2 terus nak ngap. Sedap nih makan ngan nasi atau cicah ngan roti. Kalau rajin tuh bleh la wat roti jala, roti puri ke? Kalau maless roti gardenia pun jadilah. Jangan ada yang sakit mata ye, gambo ni x brapa clear sebab snap ngan hp jer uhuks. Resepi ni kepunyaan dayangjack, dyg kite c & p kat sini ya:

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan rendah lemak
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak (boleh tambah air jika perlu).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...