Wednesday, May 12, 2010

Ayam Masak Kicap

Salam,
Ayam masak kicap ni resepi MIL, my doter suka sangat kalau masak cenggini...tak kira la daging atau ayam masak kicap, mesti dia makan bertambah2... Resepi ni lagi sedap kalau letak suhun tapi xde stok, so xletak la..
Kalau ada yang berminat boleh la mencuba...adjust ikut citarasa ya..ni saya main campak2 jer..
Bahan-Bahan :
  • 12 ketul ayam ( setengah ekor ayam sy potong kecik2)
  • 3 ulas bawang merah ( tumbuk)
  • 1-2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1-2 sudu makan cili boh
  • 2-3 sudu makan kicap pekat ( sy guna mahsuri lemak manis)
  • Kicap manis secukupnya ( agak2 la )
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2-3 keping asam keping
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Minyak
  • Air secukupnya ( untuk kuah )
  • Garam & serbuk perasa
  • Suhun ( sy xboh tadak stok )
  • 1 labu bawang besar dihiris (sy xboh xde stok)
Cara-Cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga wangi dan garing.
  2. Masukkan cili boh, tumis lagi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak. 
  4. Masukkan kicap ( kicap pekat dan kicap manis) dan sos tiram. Kacau sebentar. 
  5. Masukkan sedikit air, sama paras ngan ayam..masukkan asam keping..renehkan sebentar..(supaya kicap meresap ke dalam ayam)
  6. Tambahkan air jika ingin lebih berkuah. Tambahkan garam & serbuk perasa jika perlu.Tunggu hingga ayam empuk
  7. Masukkan suhun & bwg besar biarkan sebentar. Tutup api. SeLaMaT MenCuBa.

7 comments:

AdryDaud said... Balas

Salam tuan umah... Ayam msk kicap tak buh bwg bsr ye? Kalo ada bwg bsr lg sdp tu..hehe..

lina_pg said... Balas

Adry> salam, bawang besaq pun dah abes...betul tu,kalau boh bwg besar lagi sedap...

ezzyra said... Balas

aah la...xde bwg bsr dlm lauk 2...hehehe...

AdryDaud said... Balas

Haa..dgr tu apa kata pakar dlm bidang masak kicap kat ats tu. Msk kicap msti kna ada bwg bsr..hehe..

lina_pg said... Balas

Tadak stok nak wat camana..

fuzidss said... Balas

salam LIna.. sedap nampaknya ni

lina_pg said... Balas

fuzidss> salam, mmg peberet kami skelurga..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...