Monday, May 16, 2011

Puding Aiskrim

Assalamualaikum
Dah lama teringin nak makan puding aiskrim ni, bila beli jer aiskrim,tengok2 udah tinggal setengah jer dimakan dek anak2.Tapi kali ni bila beli eskrim,pesan siap2 kat anak2 jgn mkan eskrim tu sbb nak wat puding.Nanti belen tu baru makan.Yess..kali ni berjaya gak.Puding asikrim yang saya wat ni agak simple jerr..Saya tak letak telur bagai.Main taram sesedap tekak yang nak makan huhuhu..Hasilnya memang sedap rasa lemak manis cam makan aiskrim dan puding
puding aiskrim ni enak dimakan ngan aiskrim..sekali pandang cam buah laici la pulak..
juga enak dimakan begitu saja..

RESEPI PUDING AISKRIM

Bahan-Bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar 10g
  • 1 liter air
  • 3/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 5 cawan aiskrim vanila
  • 1sk esen vanila
  • Serbuk koko/choc emulco/stoberi emulco (jika suka)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula hingga gula hancur.
  2. Masukkan susu cair,esen vanila dan aiskrim
  3. Kacau hingga mendidih.Tutup api.
  4. Sejukkan.
Option: Jika inginkan puding dwi warna,bahagikan kepada dua bahagian.Satu bahgian warna asal,dan satu bahgian lagi campurkan serbuk koko.Tuang dlm acuan dan sejukkan.Bila agar2 agak keras,tuang satu bahagian lagi ke atasnya.Sejukkan.

Note:saya masukkan ke dalam freezer supaya cepat membeku.
Puding ni agak lembut, sesuai gunakan acuan kecil2

14 comments:

Ummi said... Balas

Assalam Lina....waaah puding aiskrim..i liiiikkkee...nnt nak buat jgk laaa...terliur tgk eskrem atas puding tuh..hehe

Kak Rosaliza said... Balas

assalam..sedapnya puding eskrem tu..terguda akk

izahdaut said... Balas

wah banyak tu 5 cawan eskrim ye kak?
mmg mcm makan aiskrim la kan
nampak sedap smoothh jee tu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

Salam lina.. menarik puding ni & nampak lazat sangat.. bolehlah cuba kalau aiskrim sempat diselamatkan.. hehehe....

KakAsma said... Balas

puding eskrem...mesti sedap..amek resipi dulu..maceh lina share share nie

lina_pg said... Balas

kak ummi> sesaja wat experiment..tapi menjadi gak la..sedap rs lemak manis w'pun xboh telur

lina_pg said... Balas

kak rosa> musti tergoda tang eskrim 3ketoi kat atas tuh kih3

lina_pg said... Balas

izah> akak main taram jerr..aci skop je,rasanya 5-6cawan gitulah.Saja boh byk lagi sedap

lina_pg said... Balas

madiha> samalah cam kat umah ni,beli eskrim..tgk2 tggal bekas jerr.

lina_pg said... Balas

KakAsma> cubalah harap kena ngan taste kakasma

Adry@Daun said... Balas

Sejuk tali perut tgk puding aiskrim. Msti sdp mkn wktu pns mcm ni.

lina_pg said... Balas

adry> amboi dr anak tekak terus turun ke tali perut...cuaca pans ni kn mkn yg sejuk2 baru beshh

ayunalisa said... Balas

nk kena wt experiment gk la ni..sdap n mudah nk wt..

lina_pg said... Balas

ayu> wat jgn xwat..tuh kira experiment yg berjaya

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...