Udang Kicap Pedas Madu Karipulai@Daun Kari

By LiNa_Pg - Tuesday, October 04, 2011

Assalamualaikum...
Hasil adaptasi ayam kicap pedas madu karipulai.Kalau ikut sebutan org Penang ni ialah karipoley bermaksud daun kari. Kali ni wat versi udang lak. Memang sedap..cukup mabeles. Si Nisa siap kata abah lenkali beli udang 2kg baru cukup. Huish tak puas makan lagi tuh...Terima kasih buat kak Ina Terminal Hijrah atas resepinya. Kalau nak tengok ayam, bleh tengok kat SINI

gambar kucar kacir sket..sbb anak2 xsabo nak makan
RESEPI UDANG KICAP PEDAS MADU KARIPULAI@DAUN KARI
BAHAN BAHAN
  • 1kg udang kertas size sederhana
  • 1 biji bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap pekat (linapg gn kicap Mahsuri)
  • 1 sudu besar kicap manis (linapg gn kipas udang)
  • 1 sudu besar gula (xboh)
  • 1 biji cili merah/ijo - potong serong (linapg tmbh)
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan sekejap. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kicap pekat, kicap manis kacau2kan lag.
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan udang yg telah digoreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. ish...mai nak mkn tengahri ni..hehe

    ReplyDelete
  2. AS-SALAM
    haisssshhh...sedapnye udang tu..sungguh menyelerakan ni..

    ReplyDelete
  3. Huihh ayat nisa tu tak tahan. Tambah lagi 1kg hantar umah auntie yea.

    ReplyDelete
  4. Assalam, memang nampak sedap snagt udang kicap karipulai tu, terasa2 kemanisan dan kesedapan udang tu,, tu lah nisa suh mama buat banyak2 pas tu pos kat makngah sekilo,

    ReplyDelete
  5. Udanggg???? Huhuhu...
    Tu je komen utk n3 udang ni..hehe..

    ReplyDelete
  6. anna> meh2..sila bawa pinggan sendri

    ady> wslm, mmg sedap sangat udang ni

    kak sam> nisa ni mmg suka sgt mkn udang..dia la tukang ratah

    kak rosa> hehehe..Nisa kalau 2kg udang besaq ni pun bleh abess

    Adry> hahaha..siannya xleh mkn udang.Ni size kecik jerr..lenkali kena beli shrimp.Bleh mkn kot

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum akak..Wahhhh terliur saya tengok udang ni...emmmm sedapnya

    ReplyDelete
  8. salam kaklina...saya sekarang ni tengah duk suka makan masak kicap..tengok lauk akak ni rasa nak tukar menu lak hari ni...hehhehe....udang kalau dpt meratah memang sedap..tapi saya tak leh makan byk..nanti gatal hidung...hehehhe

    ReplyDelete
  9. sue@nanie> wslm,sedap tau udang ni..cubalah..

    ReplyDelete
  10. Q> wslm Q, kalau suka masakan kicap kn try rcp ni tp gn ayam..mesti Q suka

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Lina...lama akak tak mai sini, dok sibuk x abis2. nampak sedap betui la udang msk kicap tu, next time akak pun nak try udang pulak..cemuih la kan mkn ayam ni.. :)

    ReplyDelete
  12. azlina> wslm, tak kira udang atau aym, rcp ni ttp mndpt smbutn.tengs ya

    ReplyDelete
  13. ezzyra> meh la cni..br bleh mkn hehe

    ReplyDelete
  14. sdpnye.. nk try bt pn byk sgt bhn2..huhu

    ReplyDelete