Thursday, December 13, 2012

Popia Sardin

Assalamualaikum...
Dah banyak kali sangat wat popia sardin.Maklumlah cuti sekolah ni macam2 idea kena cari bagi memenuhi kehendak anak2 yang manjang jer lapar.Inti popia ni saya letakkan kentang hmm dapatlah banyak dan hampir habis sepaket kulit popia tu.Jenih gak la nak menggulung huhu.Sedap ni makan panas2 rangup jerr..panas atau hujan memang sedap jer makan.Saje saya tayang awal kot2 dapat memberi idea utk korang wat untuk minum petang nanti.Meh kite semak resepi yg ringkas
Kalau takat 8 ketoi ni..sat saje dah licin..
POPIA SARDIN
By: lina pg
Bahan - Bahan:
  • 1 tin besar sardin (lenyek2 hingga hancur)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk/cincang)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk/cincang)
  • 2 biji kentang size sederhana (dadu kecil dan rebus hgga empuk)
  • 1-2 sb cili giling
  • Minyak
  • Kulit popia secukupnya
Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, masukkan serai, bawang merah, bawang putih.Tumis hingga sedikit layu.Masukkan tomato.Kacau lagi.
  2. Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sardin.Kacau sebati (linapg kacau hingga agak kering sedikit).Tutup api
  4. Biarkan inti popia sejuk.Barulah dihulung ke dalam kulit popia.Suka hati korang la nk gulung camana
Note: Lina pg, tak masukkan garam dalam resepi, memadai rasa masin sardin tu.Takut terlebih masin sbb jenis kering sket.

11 comments:

Norzie hany said... Balas

Sedapnya lina....akak datang bawa piring ni,nak rasa 2 ketul.

faa.rosli said... Balas

lapar tengok popia sardin panas2 akak ni..huhu

inahar ali said... Balas

wah sedap ni lina..bak akak 2 ketui!!

EmbunRosaliza said... Balas

sedapnya mkn panas2 n ranggup kulit popia tu yg lagi sedap.

Amie said... Balas

Assalamualaikum Lina,
samalah kita... anak-anak sedang membesar memang perut nak kena selalu diisi lagilah time cuti sekolah, hujan lagi....
Popia memang hidangan paling laris di rumah kami, yang malasnya membuat punyalah sampai sakit pinggang, dah siap goreng tak sampai 5 minit dah habis licin he he he ehh

lina_pg said... Balas

@Norzie hany

2 ketoi tak cukup kot...krup krap..tak sedar 5ketoi sekali jalan kih2

lina_pg said... Balas

@faa.rosli

Sedap wat minum petang..ujan ke panas..ON jer

lina_pg said... Balas

@inahar ali

Meh la kak Ina..

lina_pg said... Balas

@EmbunRosaliza

Dak sarah makan kulit jer..sampai tang inti tuh..mulalah nk reject kat ore lain hihi

lina_pg said... Balas

@Amie

wslm kak Amie..sangat bersetuju.Tang nak menggulung tu rasa malas sangat..Bila dah siap goreng jer..Aci angkat jer, terus lesap.Kalau nk snap kena soh depa pause sat dari 'memunggah' makanan hihi

Mas Sani said... Balas

jgnkan anak2...mak anak pun nak mintak di isi je perutnya hehehe...tak pernah lg makan popia sardin...nampak sedap je tu :)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...