Wednesday, December 19, 2012

Red Velvet Cake Resepi II

Assalamualaikm...
Percubaan kedua membuat RVC ni.Ini pun disebabkan oleh adindaku yang tingin nak makan RVC ni.Hmm..okeylah aku pun godek2 la wat kek ni.Kali ni guna resepi lain pulak.Memang sangat puas hati dengan hasilnya..langsung tidak merekah.Bila makan bersama cream cheese frosting yang mengguna mascarpone cheese sedapnya berganda2...Patutlah cis ni sangat mahai..memang jauh sangat bezanya bila guna cis biasa ngan mascarpone cheese ni.Okey tempahan Red Velvet dibuka hehehe..kalau berminat sila e-mail atau PM kat fb ye..jangan malu jangan segan hihi
picas ehsan Alla Daud.Ada yang tergoda tak..resepi ada di bawah sinun, malas nk godek hangpa order la nga cheq..insyaAllah sedap sangattt..cewah promote lagik

picas yg atas untuk kek ni..
yang ni kami punya hehehe...serdak tak cukup..so atas tu putih jer la
seb baik ada munge kecik2 ni nmpk comey sket

RED VELVET CAKE RESEPI II
sharing : lina pg

BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright (lina pg guna sebotol/2sb)
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan


NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan


CARA-CARA:
  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang (lina pg tabur sedikit tepung di dasar loyang)Ketepikan
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepika
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang (lina pg gn 3 loyang size 9in) dan bakar hingga kek masak.

Note: 
Oven Hesstar suhu 175'C bako selama 20min 
Oven Pensonic suhu 150'C bako selama 20min


Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 250g cream cheese (pd suhu bilik)
  • 250g Mascarpone cheese pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.


RESEPI 2 CREAM CHEESE
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

atau

500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing
Putar hingge sebati

Cream Cheese yang digunakan untuk menghasilkan RVC yg mabeles..Mascarpone Cheese.Saya beli kat kedai bakery ngan harga RM21.50 (250g)
Whipping Cream Gold Label

26 comments:

Gee® said... Balas

wow! yummeh...!!

JaSSNaNi said... Balas

memang sweet sangat kek tu bila deco ngan bunga2 kecik tu... nampak bertabur2 cantek jee... suka tengok..

mama sara nur said... Balas

sgt2 mengoda kek baldu merah ni dan memang sedap

Nooriah Abdullah said... Balas

wow sedap lah nampak akak belum try lagi lepas ni nak try jugak pasti sedap dan malatop

Chik Mimi said... Balas

huwaaa sedapnyaaa mau mau ada lagi?

~~zana@pb~~ said... Balas

ish..menggoda ni red velvet, dah lama tak menggodeh kek. akak belum pernah guna cheese mahal tu, kedekut sikit kalau pasal cheese...hehe...tapi nanti nak cuba juga kalau utk mkn sendiri apa salahnya, ye tak?

lina_pg said... Balas

@Gee®
Yes, sooo yummy

lina_pg said... Balas

@JaSSNaNi
Betul tu Nani, kaler merah terang ngan putih cream cis tu mmg 'naik' kan?

lina_pg said... Balas

@mama sara nur

Kali ni wat lebih berjaya hihi..

lina_pg said... Balas

@Nooriah Abdullah

Trust me..memang sedap kak Noor.Tak rugi cuba

lina_pg said... Balas

@Chik Mimi
Hahaha..sudah pinih...awat mai lambat hihi

lina_pg said... Balas

@~~zana@pb~~
Memang rasa sangat berbeza bila guna cis mahai ni compare ngan guna cis murah tuh..

ayunalisa said... Balas

mmg mabeles kek nih..rs nk wt lg.. dh jmpe kdai kt tm yg jual brg2 kek ni..whip krim non diary..n yg lain..xsabo nk g terjah..

lina_pg said... Balas

@ayunalisa
Kt area mana kedai tu?nk pi terjah gak kalau blik kg.Nanti kalau wt lg,ayu try ngan mascarpone cis.Memang rasanya superb compare gn cis bedebah yg bese2 tuh

Norzie hany said... Balas

Hebat la lina,tergoda akak tgk RVC tu....kalau dekat mmg akak dah order.Teringin nak makan tp malas plk nak buat.

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam lama betul dok study resipi ni, dulu ada juga buat sekali tapi huduh bebenor heheh.

Mmg boleh sangat2 menerima tempahan RVC kek ni, cantik dan kemas saje deco tu, hurmm akk pun ada tgk juga keju tu mmg tersaangat la mahaikan.

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina, lamanya tak dtg sini! wahhh ada RCV! akak pun setuju dgn kak Rosa, lepas ni mesti dpt bnyk order tu..cantik :))

ezzyra said... Balas

yummy...walaupon x penah rasa,tp kek ni mmg mengancam la..buat blue velvet la plak kak..hehe

Annur Shuhada said... Balas

saya amik rezeki akak..thanks ye..follow my blog.. www.annurket@blogspot.com..I'm a newbie..:) I'm done yours..

dameya said... Balas

Yg mcm tabur2 warna merah tu apa dia ? Yg serdak tu

lina_pg said... Balas

@dameya
merah2 tu serdak kek..

Aliana's Home Made Cookies said... Balas

Best sangat.. nak try buat... sedap.. thanks Lina.. kongsi resepi...boleh buat duit ni dengan ambik upah ni.. he he.. moga.. dapat pahala.. Ilmu yg dimanafaatkan diakhirat nanti...Amin...

Miss Finaz said... Balas

sy akan cuba buat! :D

De Sue Bakery said... Balas

Assalamualaikum....tuan admin.

mohon kebenaran, untuk menyalin resepi ini?

Terima kasih...

Siti Shahifah said... Balas

Kak ,can I use baking soda instead of baking powder ?

LiNa_Pg said... Balas

@Siti Shahifah
Boleh, no problem...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...